**TADABBUR WAHYU SIRI 624**

**3.124.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 170**

فَرِحِينَ بِمَا آَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ.
Mereka bergembira dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada takut  terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan sedih.

Jika sekiranya mati itu buruk bagi mereka yang mencintai dunia maka sebenarnya mati itu baik bagi mereka yang mencintai akhirat.

Ini kerana mereka yang terkorban pada jalan Allah mendapat kemuliaan di sisi Allah.

Mereka juga bergembira dengan sahabat mereka yang meneruskan perjuangan dan tidak larut dengan kelazatan dunia.

Antara nikmat Allah kepada mereka yang berjuang pada jalan Allah ialah mereka tidak akan takut dan mereka tidak akan sedih.

Setelah melihat tafsiran ulama, dapat disimpulkan bahawa orang yang dimaksudkan tidak akan takut dan sedih ini ialah mereka yang telah gugur syahid dan mereka yang meneruskan perjuangan.

Syeikh Rashed Redha mengatakan maksud tidak takut ialah orang yang beriman tidak takut terhadap takdir Allah terhadapnya yang masih belum berlaku. Sementara maksud tidak sedih pula ialah seorang mukmin tidak bersedih terhadap ketentuan Allah yang telah berlaku terhadap dirinya.

Dalam masa yang sama ada juga dikalangan pentafsir mengata bahawa maksud tidak takut ialah tidak takut terhadap nasib didunia dan maksud tidak akan berdukacita ialah seorang mukmin tidak akan berdukacita terhadap nasibnya di akhirat nanti.

Khamis
26 Syawal 1441
18 Jun 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *