**TADABBUR WAHYU SIRI 625**

**3.125.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 171-172**
يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ.

171-Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

Ayat ini masih lagi menerangkan mereka yang berada dalam hidayah Allah dan memiih untuk bersama perjuangan nabi saw.

Ayat ini tidak menyatakan secara jelas siapakah yang bergembira dengan nikmat Allah dan  mendapat kelebihannya.

Apakah mereka yang dimaksudkan itu ialah orang-orang yang telah mati syahid atau mereka yang dimaksudkan ialah tentera yang masih berjuang.

Sebenarnya kedua-dua andaian itu adalah benar. Ini kerana orang yang gugur dalam medan perang telah mendapat kelebihan disisi Allah tanpa sebarang keraguan lagi.

Dalam masa yang sama mereka yang terus berjuang itu pula bergembira dengan janji Allah kepada mereka yang berjuang pada jalanNya.

Hal ini ditegaskan lagi dengan jaminan Allah bahawa Dia tidak akan mensia-siakan amalan orang yang beriman.

Sifat ini adalah sifat Allah, maka seorang muslim yang melakukan amalan dengan ikhlas dan benar maka dia tidak perlu lagi untuk bimbang dan takut tentang nasib mereka di dunia dan diakhirat nanti.

الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِنْ بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ ۚ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا مِنْهُمْ وَاتَّقَوْا أَجْرٌ عَظِيمٌ.

172-Iaitu orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan perang Uhud). Untuk orang-orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar.

Siapakah yang berhak mendapat nikmat dan kelebihan dari Allah itu?

Mereka adalah orang-orang yang menjunjung perintah Allah dan Rasulnya untuk meneruskan perjuangan.

Mereka terus berada dalam perjuang itu walaupun telah menerima ujian pahit  berupa kekalahan dalam peperangan Uhud.

Sewaktu Allah menyifatkan ujian pahit yang dihadapi oleh tentera Uhud, Allah menggunakan perkataan “qarh” pada ini asalnya bermaksud luka di dalam perut.

Ia bagi membayangkan sakitnya luka yang dialami. Walaupun begitu kuat ujian Allahlah kepada mereka, namun
mereka tetap bersabar dengan meneruskan perjuangan dan tidak undur.

Dalam rangkap terakhir ayat ini Allah menerangkan tentang dua perkara yang membayangkan kepada syarat kemenangan dan kecemerlangan.

Yang pertama ialah berbuat baik. Berbuat baik dalam rangkap ini disebut dengan perkataan “ahsanu”. Ia sebenarnya lebih mendalam maknanya dari sekadar berbuat baik.

Sebaliknya ia mengandungi maksud membuat secara yang terbaik.

Perkataan dan sifat kedua ialah taqwa, ini sekaligus memberi isyarat bahawa kejayaan itu datang daripada sifat melakukan sesuatu dengan yang terbaik dan satu lagi ialah taqwa. Dua unsur kejayaan yang sangat penting untuk dihayati.

Jumaat
27 Syawal 1441
19 Jun 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *