**TADABBUR WAHYU SIRI 626**

**3.126.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 173-174**

الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ.

173-Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: “Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya”. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: “Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)”.

Ayat ini terus menyambung tentang ciri-ciri mereka yang berjaya untuk istiqamah bersama perjuangan. Sifat yang disebut disini ialah sifat  berani.

Ia disebut dalam bentuk berkias, apabila orang mengatakan kepada mereka bahawa disana ada orang-orang yang mahu memerangi mereka maka mereka tidak takut sebaliknya iman mereka semakin bertambah.

Dengan itu, ayat ini mengisyaratkan kepada sifat berani dan sifat ini perlu diberi perhatian dalam pendidikan kerana sifat yang baik tidak lahir begitu sahaja.

فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ.

174-Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar.

Mereka yang bersama membawa risalah Islam diberikan ganjaran yang besar oleh Allah. Ia berupa syurga dan kenikmatan yang berpanjangan. Alangkah beruntungnya mereka yang mendapat kurniaan Allah itu. Semoga kita termasuk dari kalangan mereka. Amin.

Sabtu
28 Syawal 1441
20 Jun 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *