**TADABBUR WAHYU SIRI 627**

**3.127.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 175**
وَلَا يَحْزُنْكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ ۚ إِنَّهُمْ لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا ۗ يُرِيدُ اللَّهُ أَلَّا يَجْعَلَ لَهُمْ حَظًّا فِي الْآخِرَةِ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ.

176-Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar.

Ayat ini memujuk orang yang beriman agar tidak sedih apabila melihat ada orang yang tidak mengikut kebenaran tetapiy mereka mungkin mendapat habuan dunia.

Keadaan mereka yang mendapat apa yang mereka ingini itu tidak sepatutnya membuatkan orang yang berada diatas jalan yang benar berasa sedih.

Bagi menguatkan semangat orang yang beriman, Allah memberikan alasan mengapa mereka tidak perlu bersedih.

Orang yang beriman tidak perlu bersedih kerana Tindakan mereka yang kufur itu tidak dapat memudaratkan Allah sedikitpun.

Namun demikian, tindakan mereka itu akan membawa keburukan kepada diri mereka sendiri.

Semoga kita tidak menjadi orang yang tertipu dengan nikmat dunia sehingga menyangka kita berada dipihak yang benar.

Sebaliknya kebenaran adalah berdasarkan fakta dan ilmu, itulah landasan dan panduan bagi orang yang beriman.

Ahad
29 Syawal 1441
21 Jun 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *