**TADABBUR WAHYU SIRI 628**

**3.128.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 177-178**

إِنَّ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْكُفْرَ بِالْإِيمَانِ لَنْ يَضُرُّوا اللَّهَ شَيْئًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ.

177-Sesungguhnya orang-orang yang membeli  kekufuran dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya.

Ayat ini memberikan pengajaran dengan membawa perumpamaan seperti jual-beli.

Mereka yang munafik dan kufur terhadap ajaran nabi ibarat orang yang tidak mahu kepada cahaya. Mereka akhirnya menjual cahaya iman untuk hidup diluar daripadanya .

Tindakan mereka yang licik kerapkali membuatkan orang yang  benar merasa mereka bersalah. Sedangkan hakikatnya tidak begitu.

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ خَيْرٌ لِأَنْفُسِهِمْ ۚ إِنَّمَا نُمْلِي لَهُمْ لِيَزْدَادُوا إِثْمًا ۚ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ ﴿١٧٨﴾
178-Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia), dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).

Ayat ini masih lagi menceritakan tentang hakikat kebenaran dan kesalahan. Keburukan yang menimpa manusia sering kali membuatkan orang menghukum bahawa dia dipihak yang salah.

Sementara, nikmat yang didapati oleh seseorang pula seringkali ditafsirkan sebagai bukti kebenaran.

Jika sekiranya dalam ayat yang lepas Allah menerangkan bahawa keburukan yang menimpa bukanlah bermakna seseorang itu salah, maka pada ayat ini pula Allah menerangkan bahawa nikmat yang dikecapi bukan tanda seseorang itu benar.

Dalam ayat ini Allah menerangkan bahawa keburukan yang dilakukan  oleh seseorang jika walau tidak ada sebarang hukuman didunia maka ia adalah satu penyesalah dihari akhirat.

Seseorang itu lebih senang untuk teruja dan menyangka bahawa dia dipihak yang benar. Apabila dia dapat melakukan keburukan dan terlepas dari sebarang hukuman.

Dalam kontes kaum musyrikin yang melawan nabi, kemenengan mereka dalam perang Uhud dan terselamatnya sebahagain mereka dari terbunuh dalam peperangan Badar bukanlah tanda mereka beruntung dan benar.

Akan tetapi jika  mereka tidak bertaubat dan menyesal diatas kesalahan dan kekufuran itu, maka balasan neraka akan menunggu mereka. Sedangkan itulah keburukan yang sebenar.

Oleh itu setiap orang beriman patut menjadikan ayat ini sebagai prinsip hidup dan panduan yang berkekalan dalam hidup.

Jangan cepat tertipu dengan ujian kesenangan atau keburukan kerana ia bukanlah neraca yang menghukum manusia.

Selasa
2 Zulqa’idah 1441
24 Jun 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *