**TADABBUR WAHYU SIRI 631**

**3.131.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 181**

لَقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ ۘ سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا وَقَتْلَهُمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ ﴿١٨١﴾
181- Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: “Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa membakar.

Terdapat beberapa riwayat yang berbeza menceritakan sebab penurunan ayat ini.

Walau apa pun, ia masih berkisar sekitar topik ujian harta terhadap keimanan kepada Allah.

Imam Fakhruddin Arrazi dalam kitab beliau menyatakan bahawa pengorbanan harta ditekankan dalam perenggan ini selepas dinyatakan tentang pengorbanan nyawa.

Salah satu situasi manusia yang gagal dalam ujian harta ialah orang-orang Yahudi, mereka telah mengatakan bahawa tuhan memerlukan harta mereka untuk dibelanjakan pada jalanNya. Mereka menyangka, jika Tuhan Maha Kaya masakan tuhan meminta manusia membantu orang lain.

Imam Tabari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan bakhil daripada perenggan ini ialah sikap kedekut ilmu yang di miliki oleh orang Yahudi.

Mereka mengetahui nabi Muhammad saw adalah Rasul yang benar tetapi enggan memberitahu hakikat itu kepada orang-orang Arab.

Kedua-dua tafsiran itu menunjukkan mereka tidak meletakkan kedudukan mereka sebagai hamba yang perlukan kepada ihsan dan rahmat Allah, sebaliknya mereka merasakan merekalah yang diperlukan dan sentiasa menguasai keadaan.

Ketahuilah bahawa seseorang yang mengajarkan orang lain dengan sesuatu ilmu, atau memberikan lebihan hartanya pada jalan Allah maka dialah yang mendapat manfaat berupa pahala dan keberkatan yang dilimpahkan oleh allah kepada hambanya.

Oleh itu kunci kepada ketaatan seseorang ialah rasa kebergantungannya kepada Allah dan rasa rendah dan lemah mereka disisi kekuasaan dan kekayaan Allah yang menguasai alam semesta ini.

Segala yang berlaku hanya lah ujian atllah kepada hambanya.

Semoga kita termasuk dikalangan orang yang berjaya ujian kehidupan ini, amin.

Sabtu
5 Zulqa’idah 1441
27 Jun 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *