**TADABBUR WAHYU SIRI 632**

**3.132.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 182**

ذَلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ (182)
182-(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang – telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya.”

Dalam ayat yang lepas al-Quran menceritakan tentang orang-orang dibalas dengan api neraka kerana mereka tidak mahu membelanjakan harta mereka pada jalan Allah.

Sebaliknya mereka mengatakan bahawa Allah fakir iaitu berhajat kepada harta mereka.

Sebenarnya dalam diri setiap orang manusia ada rasa cinta pada harta. Perasaan ini adalah fitrah semulajadi manusia yang telah Allah ciptakan dalam diri setiap insan.

Namun demikian, cinta kepada harta sehingga lari daripada tanggungjawab, sehingga sanggup pula membuat alasan dan putar belit adalalah sifat bakhil yang tercela.

Dalam berbagai putar-belit yang dimainkan, putar-belit yang melibatkan fitnah yang merendahkan sifat Allah adalah sebesar-besar dosa dan kesalahan.

Dengan itu Allah menyatakan balasan neraka kepada mereka.

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa sifat bakhil yang sampai ke tahap ini bukan lagi dari fitrah semulajadi manusia bahkan ia adalah hasil daripada kejahatan yang ada dalam diri.

Untuk itu, Allah menyatakan bahawa azab yang dikenakan kepada mereka adalah hasil dari apa yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka. Dengan itu janganlah manusia menyalahkan Tuhan terhadap nasib mereka.

Ini kerana Allah telah memberikan akal fikiran untuk menilai, sebagaimana Allah telah menurunkan syariat dan panduan berupa al-Quran dan sunnah.

Mereka yang tetap enggan untuk berada menerima dan menghayatinya maka kesalahan itu kembali kepada diri mereka sendiri.

Isnin
7 Zulqa’idah 1441
29 Jun 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *