**TADABBUR WAHYU SIRI 633**

**3.133.1 Tadabbur Surah ‘Ali Imran Ayat 183**

الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ عَهِدَ إِلَيْنَا أَلَّا نُؤْمِنَ لِرَسُولٍ حَتَّىٰ يَأْتِيَنَا بِقُرْبَانٍ تَأْكُلُهُ النَّارُ ۗ قُلْ قَدْ جَاءَكُمْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِي بِالْبَيِّنَاتِ وَبِالَّذِي قُلْتُمْ فَلِمَ قَتَلْتُمُوهُمْ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ.

183-Orang-orang (Yahudi itulah) yang berkata: “Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga ia membawa kepada kami korban yang dimakan api. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang kamu membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (dalam yang kamu dakwakan itu)?

Ayat ini menceritakan bagaimana orang Yahudi yang menolak ajaran nabi saw telah mendakwa bahawa Allah telah melarang mereka daripada beriman kepada nabi Muhammad saw.

Sebaliknya mereka mendakwa bahawa mereka hanya mengikut nabi dari bangsa mereka sahaja.

Sehubungan dengan keadaan ini, allayh mengajar nabi saw supaya menjawab kenyataan mereka itu dengan hujah lojik.

Jika sekiranya kamu beriman kepada nabi dari kalangan bani Israel sahaja, maka mengapa pula kamu telah membunuh nabi-nabi kamu dahulu sedangkan mereka juga utusan Allah dari kalangan Bani Israel.

Dalam erti kata lain, kamu sebenarnya hanya memberi alasan untuk tidak beriman kepada nabi Muhammad saw. Kononnya dia dari kalangan Arab dan Bani Israel tidak dituntut untuk beriman dengannya.

Sedangkan dalam sejarah Bani Israel, mereka telah membunuh nabi-nabi mereka sendiri.

Dari sudut sifat, perbuatan mengada-ngadakan alasan yang kononnya bersifat agama dan boleh mengelirukan orang yang jahil adalah sifat yang buruk.

Sifat ini berlaku secara berterusan dalam masyarakat manusia.

Orang yang mahu melakukkan keburukan atau mahu menggelak dari tanggungjawab sering mencari alasan dan mencipta hujah.

Hal ini dilakukan untuk tidak tertakluk kepada ajaran dan suruhan tuhan.

Jika sifat dan perangai ini berlaku, maka ketahuilah ia adalah sesuatu yang dimurkai oleh Allah tidak kira siapa mereka itu. Bani Israelkah atau siapa sahaja.

Seorang manusia tidak sepatutnya memberikan alasan yang direka cipta untuk mengelak dari tanggungjawaab, sebaliknya Allah menerima keuzuran jika ianya benar-benar berlaku dan tidak termasuk dalam keadaan mengada-adakan alasan.

Lihat sahaja kepada hukum orang bermusafir atau sakit. Mereka diberikan keringanan tertentu untuk beribadah ketika dalam bermusafir atau ketika sakit.

Yang dimurkai oleh Allah ialah mengada-adakan alasan yang tidak ada asas. Mereka cipta alasan atas nama agama supaya ia kelihatan benar. Itulah yang tidak disukai oleh Allah.

Selasa
8 Zulqa’idah 1441
30 Jun 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *