**TADABBUR WAHYU SIRI 649**

**4.1.1 Tadabbur Surah An-Nisa’**

Perkataan an-Nisa’ adalah kata jamak yang bermaksud wanita-wanita. Kata tunggalnya ialah imra’ah.

Sebelum ini tema surah ‘Ali Imran ialah perjuangan, pengorbanan dan ujian Allah kepada pendokong agamanya.

Surah an-Nisa’ pula banyak membincangkan tentang kasih sayang, hak dan hubungan sesama manusia dalam kehidupan mereka.

Banyak hukum-hakam dibincangkan dalam surah ini seperti hukum-hakam kekeluargaan, pembahagian pusaka, hak-hak pihak yang bermuamalat dan lain-lain.

Hak-hak dan garis panduan berkaitan harta, nyawa dan sebagainya dibentang juga.

Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan bilakah berlakunya penurunan surah an-Nisa’ ini.

Ada dikalangan mereka yang mengatakan surah ini mula diturunkan di Mekah lagi. Ini kerana ada ayat yang dimulakan dengan “wahai manusia”.

Ibnu Asyur menolak pandangan itu, sebaliknya menegaskan bahawa surah ini telah diturunkan di Madinah.

Menurut beliau ia bermula sekitar tahun ketujuh hijrah. Antara hujah beliau ialah kata-kata Ummul Mukminin Aishah r.a yang mengatakan: Tidak diturunkan surah al- Baqarah, Ali Imran dan an- Nisa’ kecuali aku ada bersama Rasulullah saw.

Kata-kata ini menunjukkan ia diturunkan di Madinah kerana Saidatina Aishah bersama dengan Rasulullah saw ketika mereka berdua berada di Madinah bukannya di Mekah.

Selain itu penurunan surah Ali Imran dalam perang Uhud juga menunjukkan bahawa peristiwa penurunan surah an-Nisa’ adalah lebih lewat. Ini kerana surah Ali Imran sedia dimaklumi turun lebih awal lagi.

Selain itu surah an-Nisa’ yang banyak membincangkan hukum-hakam dalam kehidupan membayangkan bahawa ianya turun setelah keadaan umat Islam menjadi stabil di Madinah, setelah mereka mampu menghadapi ancaman dari luar dan menjaga sempadan dari sebarang pencerobohan.

Surah mengandungi pengajaran dan panduan yang sangat besar kepada umat Islam.

Semoga kita diberikan peluang oleh Allah untuk menggali dan mentaddabbur kalimah-kalimah dan ayat-ayatnya. Insyaallah, Amin ya Rabbal Alamin.

Sabtu
26 Zulqa’idah 1441
19 Julai 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *