**TADABBUR WAHYU SIRI 655**

**4.6.1 Tadabbur Surah An-Nisa 7**

لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ ۚ نَصِيبًا مَفْرُوضًا.

7-Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).

Ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa lelaki dan perempuan memiliki hak masing-masing dalam harta pusaka.

Kenyataan ini sekali lagi memberikan mesej jelas bahawa Islam tidak menafikan hak wanita dalam menerima pusaka.

Sedangkan dalam amalan jahiliah, kaum wanita dan kanak-kanak tidak diberikan hak dari harta yang ditinggalkan oleh si mati.

Hujah mereka dalam berbuat demikian ialah kaum wanita dan kanak-kanak tidak memikul tanggung jawab dan tidak menentang musuh.

Mengikut Imam al-Qurtubi, ayat ini diturunkan ketika sahabat bernama Aus bin Thabit meninggal dunia.

Pada ketika itu para waris mahu membahagikan harta pusaka dan menafikan hak 3 orang anak beliau yang masih kecil.

Isteri Aus bin Thabit mengajukan hal ini kepada nabi saw dan ayat ini diturunkan bagi menerangkan hukum yang mesti diikuti oleh umat Islam.

Apabila ayat ini diturunkan, Rasulullah saw menghantar wakil menemui Suwaid dan Ajrafah yang merupakan pemegang amanah kepada harta Aus.

Mereka berdua diberitahu agar tidak membahagikan lagi harta pusaka itu kepada para pewaris.

Ini kerana ayat ini telah menetapkan adanya hak kaum wanita dalam harta pusaka, tetapi  kadarnya masih belum ditentukan.

Selepas itu, turunya ayat yang memperincikan penerimaan pusaka.

Kedatangan Islam yang membawa hak wanita dan anak-anak yang lemah itu telah menjadi satu titik perubahan besar dalam hidup masyarakat pada ketika itu.

Masyarakat menjadi lebih tersusun dengan pembahagian harta pusaka yang adil dan kehidupan berkeluarga akan menjadi lebih harmoni.

Oleh itu, antara mesej Islam yang terpenting ialah membawa keadilan  dan kesaksamaan kepada masyarakat.

Ajaran Islam menekankan kepada memberikan haknkrpada mereka yang sepatutnya.

Namun demikian, selepas umat Islam mengalami zaman kejahilan dan generisai terawal telah pergi.
Tersebar pula fahaman yang menafikan hak wanita dan memperkecilkan kedudukan mereka.

Amalan-amalan yang menafikan hak wanita ini berkembang bukan sahaja dalam hal menerima pusaka tetapi turut berlaku dalam perkara lain.

Ada masyarakat Islam yang tidak membenarkan kaum wanita belajar, tidak membenarkan mereka memilih pasangan hidup dan sebagainya.

Akhirnya adat dan kehidupan yang menafikan hak wanita ini telah melahirkan ahli masarakat yang jahil dan tidak  berpengetahuan.

Situasi itu seterusnya menyumbang kepada jauhnya umat Islam daripada pegangan agama yang benar.

Isnin
6 Zulhijjah 1441
27 Julai 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *