**TADABBUR WAHYU SIRI 657**

**4.8.1 Tadabbur Surah An-Nisa 9**
وَلْيَخْشَ الَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَافًا خَافُوا عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا اللَّهَ وَلْيَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا.

9-Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

Ayat ini menjadi permulaan kepada kepada nasihat lebih khusus buat pemegang amanah.

Allah menyebut perbandingan ini kerana ia dapat difikirkan. Sememangnya setiap manusia mempunyai naluri yang sama, setiap orang mahu memberikan yang terbaik kepada keluarganya.

Namun demikian, ada orang yang hajat mereka tidak berkesampaian.

Mereka pergi menemui tuhan sebelum daripada anak-anak mereka sempat berdikari.

Dengan itu, orang-orang yang mengendalikan harta anak yatim perlu menyedari bahawa mereka membawa harapan saudara mereka yang telah mati.

Dengan itu janganlah mereka mengabaikan harapan suci itu dengan mengkhianati harta anak yatim.

Sering kali berlaku dalam masyarakat, orang yang memegang amanah telah bertindak tidak betul terhadap amanah yang dipegangnya.

Hal ini membawa kepada kesusahan buat mereka yang lemah.

Dengan itu Islam memberikan perhatian agar para umat Islam tidak terjerumus kedalam kejahatan seperti ini.

Bagi memberikan peringatan lebih tegas ayat selepas ini memberikan amaran keras terhadap mereka yang masih berdegil dan mengambil kesempatan terhadap harta anak yatim.

Rabu
8 Zulhijjah 1441
29 Julai 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *