**TADABBUR WAHYU SIRI 658**

**4.9.1 Tadabbur Surah An-Nisa 10**

إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَىٰ ظُلْمًا إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ نَارًا ۖ وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيرًا.

10-Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala.

Setelah memberi  nasihat secara lembut, kali ini al-Quran menggunakan amaran keras kepada mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

Mereka sebenarnya memakan api neraka !!

Perbuatan memakan harta anak yatim dikaitkan dengan sifat zalim, ini menunjukkan jika mereka memakannya secara tidak zalim, maka ia adalah tidak berdosa.

Apakah yang dimaksudkan dengan memakan harta anak yatim secara tidak zalim. Hal ini disebut oleh al-Quran, iaitu memakan harta mereka yang hidup bersama dalam sebuah rumah dalam keadaan makanan mereka itu bercampur dengan makanan penjaganya.

Banyak lagi keadaan dimana manusia boleh dianggap memakan harta orang lain secara zalim.

Keadaan ini sangat sangat banyak berlaku, seperti mendapatkan harta dengan cara menipu, menerima rasuah, pecah amanah harta awam, menggunakan harta kerajaan untuk tujuan peribadi seca tidak betul, membuat tuntutan palsu dan berbagai jenayah harta lagi.

Semua itu adalah dosa besar yang akan dibalas oleh Allah dengan api neraka yang sangat dahsyat.

Seperti yang pernah disebutkan sebelum ini, prinsip Islam ialah seseorang itu tidak boleh memakan harta orang lain secara batil.

Namun demikian, hak anak yatim disebut secara khusu dalam al-Quran dengan balasan yang sangat dahsyat bagi memberikan amaran khas kerana  mereka adalah pihak yang lemah.

Al-Quran menyebut dua orang manusia yang memakan api nereaka di akhirat nanti. (Nauzubillah)

Orang pertama yang disebut oleh al-Quran adalah ulama yang menipu atas nama agama.

Sementara orang kedua ialah  orang yang memakan harta anak yatim secara zalim.

Semoga kita terlepas dari dosa besar yang  membinasakan ini. Amin ya rabbal alamin.

Khamis
9 Zulhijjah 1441
30 Julai 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *