**TADABBUR WAHYU SIRI 669**

**4.19.1 Tadabbur Surah An-Nisa 22**

وَلَا تَنْكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُمْ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۚ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَمَقْتًا وَسَاءَ سَبِيلًا.
22-Dan janganlah kamu berkahwin dengan perkahwinan bapa kamu terhadap wanita kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan.

Ayat ini mengandungi beberapa makna.

Ia bermaksud,  janganlah kamu berkahwin dengan wanita yang telah dikahwini oleh bapa kamu.

Melalui makna ini dapat difahami  berkahwin dengan ibu tiri adalah haram.

Namun demikian jika ia telah dilakukan pada zaman jahiliyyah maka hal itu dimaafkan oleh Allah.

Maksud kedua ayat ini ialah jangan kamu berkahwin dengan cara perkahwinan bapa-bapa kamu sebelum ini dalam zaman jahilliah.

Ini kerana perkahwinan mereka telah dilakukan dengan cara yang tidak betul dan buruk.

Akan tetapi apa yang telah dilakukan pada zaman jahiliyyah maka ia telah dimaafkan oleh Allah.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, antara cara perkahwinan jahiliah ialah mereka mengahwini perempuan secara paksa, mewariskan wanita kepada pewaris harta dan berbagai cara yang kebanyakannya tidak betul.

Cara perkahwinan mereka tidak betul dan bersifat buruk kerana tidak mengambilkira kepentingan wanita.

Mereka juga tidak faham batas-batas hubungan nasab yang mana perkahwinan adalah diharamkan.

Oleh itu, ayat selepas ini akan memperincikan dengan lebih jelas orang-orang yang tidak dibenarkan untuk dikahwini.

Walaupun ulama berbeza tentang maksud ayat diatas, namun kedua-dua tafsiran itu tidak bertentangan dan boleh difahami secara bersekali.

Sememangnya mengahwini ibu tiri adalah sesuatu yang melanggar kesucian hidup manusia. Dan menjauhi perkahwinan cara jahiliah juga penting untuk membawa masyarakat kepada menghormati hak sesama manusia.

Sabtu
25 Zulhijjah 1441
15 Ogos 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *