**TADABBUR WAHYU SIRI 670**

**4.20.1 Tadabbur Surah An-Nisa 23**

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ مِنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَنْ تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا.

23- Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Ayat di atas telah menyatakan orang-orang yang diharamkan untuk dikahwini.

Mereka boleh dibahagikan kepada beberapa kategori.
1- Orang-orang yang diharamkan berkahwin disebabkan faktor keturunan.

Mereka adalah
i-ibu
ii-anak
iii-adik beradik
iv-adik beradik seibu dan sebapa
v-bapa dan ibu saudara daripada ibu dan ayah
vi- anak-anak saudara.

2- Orang-orang yang diharamkan untuk dikahwini atas sebab susuan.

Mereka adalah
i-ibu susuan
ii-adik beradik susuan

3-Orang-orang yang diharamkan untuk dikahwini atas sebab perkahwinan.

Mereka adalah
i-mertua
ii-anak tiri yang mana ibunya telah dikahwini dan berlakunya persetubuhan
iii- bekas isteri kepada anak kandung
iv- ipar ketika adik beradik mereka masih menjadi isteri kamu

Terdapat dua keadaan yang perlu diterangkan iaitu orang yang telah melakukan akad nikah dengan seorang wanita kemudian jika berlaku perceraian sebelum dia bersetubuh dengan wanita itu maka halal baginya untuk berkahwin dengan anak wanita tersebut.

Namun demikian jika dia melakukan akad nikah dengan seorang wanita dan berlakunya perceraian maka haram baginya untuk mengahwini ibu kepada bekas isterinya walaupun belum berlaku sebarang  persetubuhan antara dia dan bekas isterinya.

Isu kedua ialah haram berkahwin dengan ipar iaitu adik beradik isteri selagimana perkahwinan berlangsung.

Jika telah berlaku perceraian dan iddah telah tamat, barulah ketika itu halal berkahwin dengan adik beradik bekas isteri.

Begitulah hukum Allah yang telah diterangkan kepada orang beriman agar mereka mematuhi batas-batasNya.

Dengan itu, orang beriman menjaga kesucian hubungan antara mereka dan tidak membawa kepada perpecahan dan pertikaian.

Ahad
26 Zulhijjah 1441
16 Ogos 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *