**TADABBUR WAHYU SIRI 671**

**4.21.1 Tadabbur Surah An-Nisa 24**

وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۖ كِتَابَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ ۚ وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَٰلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ ۚ فَمَا اسْتَمْتَعْتُمْ بِهِ مِنْهُنَّ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ فَرِيضَةً ۚ وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا تَرَاضَيْتُمْ بِهِ مِنْ بَعْدِ الْفَرِيضَةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا.

24-Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ayat ini merupakan permulaan kepada juzuk kelima.

Namun demikian ia adalah sambungan daripada ayat lepas.

Dengan itu ayat ini terus dimulakan dengan perkataan  “dan perempuan yang telah berkahwin”.

Sebenarnya ia bermaksud dan diharamkan juga untuk kamu berkahwin dengan perempuan yang masih menjadi isteri orang.

Dapat disimpulkan bahawa ayat ini menerangkan tentang beberapa hukum berkaitan perkahwinan.

i-tidak dibenarkan berkahwin dengan isteri orang

ii-adalah halal melakukan hubungan dengan hamba yang dipanggil sabaya iaitu dari tawanan perang walaupun mereka tidak diceraikan oleh suami mereka dengan syarat mereka habis iddah dari suami mereka.

iii-wajib memberikan maskahwin kepada wanita yang dikahwini

iv-hendaklah berkahwin perempuan yang suci dan bukan dari mereka yang melakukan zina

Perlu diangatkan bahawa hukum hamba telah tidak ada pada hari ini kerana masyarakat dunia telah sepakat untuk menghapuskan sistem perhambaan.

Jika sistem ini diamalkan semula oleh manusia maka ia berkemungkinan akan dikembalikan berdasarkan pandangan ulama ketika zaman ianya berlaku.

Hukum hamba juga tidak diiktiraf jika tawanan perang itu adalah hasil peperangan sesama Islam.

Dikatakan terdapat kumpulan ekstrem bersenjata yang menganggap masyarakat Islam sebagai sesat  dan menjadikan tawanan dari umat Islam sebagai hamba, maka hal ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam sama sekali.

Isnin
27 Zulhijjah 1441
17 Ogos 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *