**TADABBUR WAHYU SIRI 672**

**4.22.1 Tadabbur Surah An-Nisa 25**

وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ مِنْكُمْ طَوْلًا أَنْ يَنْكِحَ الْمُحْصَنَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ فَمِنْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ مِنْ فَتَيَاتِكُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ۚ وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِإِيمَانِكُمْ ۚ بَعْضُكُمْ مِنْ بَعْضٍ ۚ فَانْكِحُوهُنَّ بِإِذْنِ أَهْلِهِنَّ وَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ مُحْصَنَاتٍ غَيْرَ مُسَافِحَاتٍ وَلَا مُتَّخِذَاتِ أَخْدَانٍ ۚ فَإِذَا أُحْصِنَّ فَإِنْ أَتَيْنَ بِفَاحِشَةٍ فَعَلَيْهِنَّ نِصْفُ مَا عَلَى الْمُحْصَنَاتِ مِنَ الْعَذَابِ ۚ ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ الْعَنَتَ مِنْكُمْ ۚ وَأَنْ تَصْبِرُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ.

25-Dan sesiapa di antara kamu yang tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yang baik-baik (yang merdeka, yang terpelihara kehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin dengan hamba-hamba perempuan yang beriman yang kamu miliki. Dan Allah lebih mengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba – abdi itu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seagama pula). Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. Mereka (hamba-hamba perempuan yang akan dijadikan isteri, hendaklah) yang sopan bukan perempuan-perempuan lacur, dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. Kemudian setelah mereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin, lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), maka mereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksa yang ditetapkan ke atas perempuan-perempuan yang merdeka. (Hukum perkahwinan) yang demikian (yang membolehkan seseorang berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagi orang-orang yang bimbang melakukan zina di antara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwin dengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Imam Qurtubi memperincikan ayat ini kepada 22 perbincangan.

Antara perkara yang dibincangkan oleh beliau adalah seperti berikut:

i-Harus bagi seorang yang merdeka untuk berkahwin dengan wanita yang bertaraf hamba. Walaupun ayat ini mengaitkan perkahwinan itu dengan keadaan tidak mampu untuk mengahwini wanita merdeka, akan tetapi ramai ulama yang menganggap ia bukan syarat kepada keharusan itu.

ii-orang yang mahu berkahwin dengan hamba perempuan mestilah meminta keizinan daripada tuan kepada hamba tersebut terlebih dahulu.

iii-perlu membayar maskahwin walaupun berkahwin dengan seorang hamba.

Imam Malik mengatakan maskahwin itu mesti diberikan kepada hamba wanita  dan Imam Syafie berpandangan hamba tidak boleh memiliki jadi maskahwin itu mesti diberikan kepada tuannya.

iv-haram mengambil perempuan sebagai kekasih yang hanya menjadi simpanan dan bukan untuk tujuan perkahwinan.

v-hukuman bagi kesalahan hamba adalah separuh dari hukuman terhadap orang merdeka.

Hukum-hakam berkaitan hamba tidak dimansuhkan oleh Allah.

Sebaliknya sistem perhambaan telah ditinggalkan oleh manusia.

Jika satu ketika nanti manusia kembali kepada sistem perhambaan pada ketika itu umat Islam telah mempunyai panduan yang jelas.

Islam tidak menggalakkan kepada perhambaan dan sejak mula lagi berusaha untuk menghentikan sistem ini.

Khamis
1 Muharram 1442
20 Ogos 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *