**TADABBUR WAHYU SIRI 673**

**4.23.1 Tadabbur Surah An-Nisa 26**

يُرِيدُ اللَّهُ لِيُبَيِّنَ لَكُمْ وَيَهْدِيَكُمْ سُنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَيَتُوبَ عَلَيْكُمْ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ.
26-Allah menghendaki untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ayat ini menerangkan bahawa penerangan yang diberikan sebelum ini berkaitan batas-batas halal dan haram adalah penerangan dari Allah.

Penerangan ini manjadikan manusia mengetahui jalan hidup mereka dan dapat melakukan sesuatu yang diredai oleh Allah serta menjauhi perkara yang dimurkai olehNya.

Allah menjelaskan bahawa syariat yang diajarkan kepada kaum muslimin ini adalah merupakan jalan umat terdahulu.

Mengikut Ibnu Asyur, maksud “jalan umat terdahulu” ialah kesemua syariah serupa dari sudut ianya membawa kemaslahatan kepada manusia.

Memang benar perincian syariat adalah berbeza antara seorang nabi dengan nabi yang lain.

Tuntutan terhadap umat nabi Muhammad saw ada yang berlainan dengan tuntutan terhadap umat terdahulu seperti haram berkahwin dengan adik beradik.

Larangan ini terpakai kepada umat nabai Muhammad saw dan beberapa nabi lain.

Namun ianya pernah dihalalkan kepada beberapa umat terdahulu.

Walaupun ada perbezaan antara syariat akan tetapi roh ajaran agama adalah sama.

Ia  mengajak kepada perhambaan terhadap Allah dan dalam masa yang sama ia bertujuan mencapai kemaslahatan kepada manusia di dunia dan akhirat.

Maksud “Allah mahu mengampunkan kamu” pula ialah dengan mengamalkan segala tuntutan yang dikehendaki dan meninggalkan amalan jahiliah maka Allah akan meredai kamu.

Dengan itu Dia akan mengampukan segala kesalahan kamu yang lampau.

Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Dua sifat ini sering digandingkan oleh Allah k dalam al-Quran, ia adalah sifat yang sangat penting yang memberikan kesan yang besar terhadap kehidupan manusia.

Allah Maha Mengetahui segala perkara yang kamu lakukan dan Dialah yang Maha Bijaksana sehingga mampu membalas segala apa yang dilakukan oleh manusia.

Di depan Allah, tidak ada siapa pun yang di zalimi dan dinafikan hak mereka.

Jumaat
2 Muharram 1442
21 Ogos 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *