**TADABBUR WAHYU SIRI 674**

**4.24.1 Tadabbur Surah An-Nisa 27**

وَاللَّهُ يُرِيدُ أَنْ يَتُوبَ عَلَيْكُمْ وَيُرِيدُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الشَّهَوَاتِ أَنْ تَمِيلُوا مَيْلًا عَظِيمًا.
Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang yang menurut keinginan hawa nafsu mendorong kamu supaya kamu menyeleweng dengan penyelewengan yang besar.

Setelah diterangkan dalam ayat yang lepas bahawa Allah mahu mengampunkan orang yang beriman, sekali lagi perkara ini diulang dalam ayat ini.

Menurut Ibnu Asyur, pengulangan ini bukan hanya sekadar untuk menegaskan.

Sebaliknya tambahan maklumat itu menjadi fokus utama.

Menurut beliau, dalam ayat ini Allah mahu mengingatkan orang beriman bahawa  ada pihak yang mengambil kesempatan.

Mereka mahu agar orang yang beriman terseleweng daripada jalan yang lurus.

Orang itu disifatkan sebagai “mereka yang mengikuti hawa nafsu”.

Pada zaman Rasulullah saw orang berkelakuan demikian ialah orang kafir dan orang munafik.

Dalam konteks penurunan ayat, hal ini diisyaratkan kepada orang Yahudi yang mengharuskan perkahwinan dengan adik beradik dan ibu saudara.

Orang-orang Majusi pula mengharuskan berkahwin dengan anak saudara.

Orang-orang musyrikin arab mengharuskan perzinaan dan perkahwinan dengan ibu tiri.

Jika dilihat dari sudut umum maksud ayat, pada hari ini ada sahaja orang yang berkepentingan mengharapkan masyarakat melakukan kejahatan dan penyelewengan.

Hal ini boleh saja berlaku dalam kalangan umat Islam sendiri.

Dengan itu sifat “mereka yang mengikut hawa nafsu” disebut secara umum dan berlaku kepada banyak pihak.

Apa yang penting umat Islam mestilah meningkatkan kesedaran dan iltizam agar tidak terjerumus ke dalam amalan yang bertentangan dengan gesaan Allah.

Semoga Allah sentiasa memelihara kita semua. Amin.

Sabtu
3 Muharram 1442
22 Ogos 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *