**TADABBUR WAHYU SIRI 685**

**4.35.1 Tadabbur Surah An-Nisa 38**

وَالَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَا بِالْيَوْمِ الْآخِرِ ۗ وَمَنْ يَكُنِ الشَّيْطَانُ لَهُ قَرِينًا فَسَاءَ قَرِينًا.

38- Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat. Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.

Dalam ayat ini Allah menerangkan beberapa sifat buruk.

Menurut Imam Qurtubi, ayat ini menerangkan ayat yang sebelumnya.

Ini kerana orang yang bakhil itu, masih memberikan harta mereka tetapi mereka memberinya bukan kerana Allah.

Sebaliknya mereka  membelanjakan harta demi menunjukkan kepada manusia.

Perbuatan seperti ini selayaknya dilakukan oleh orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kiamat.

Ini kerana orang yang beriman sepatutnya melakukan infaq demi mendapat keredaan Allah dan mendapat pahala di hari akhirat.

Inilah sifat mulia yang mahu dicapai oleh al-Quran.

Namun demikian ada saja orang beriman yang melakukan amalan demi menunjuk-nunjuk dan mendapat perhatian manusia.

Perbuatan seperti itu adalah salah dan membatalkan amalan mereka.

Akan tetapi ia tidak membuatkan seseorang itu terkeluar dari Islam.

Adapun ayat al-Quran sentiasa menyifatkan keadaan yang paling maksima.

Mereka yang disebut oleh ayat ini ialah orang yang memiliki sifat bakhil, menunjuk-nunjuk dan kufur kepada Allah dan hari akhirat.

Orang seperti ini sudah tentu tidak berhak mendapat ihsan Allah dihari akhirat  nanti.

Pada rangkap terakhir ayat ini menerangkan bahawa orang yang menjadikan syaitan sebagai sahabat maka syaitan adalah sahabat yang buruk.

Meurut Imam Qurtubi, maksud menjadikan syaitan sebagai sahabat boleh difahami dalam dua bentuk.

Pertama orang yang bersahabat dengan syaitan di dunia iaitu mereka melakukan kemungkaran, bersifat fakhil dan menunjuk-nunjuk dalam amalan serta kufur dengan Allah dan hari akhirat.

Maka syaitan adalah kawan yang buruk di dunia ini.

Maksud kedua bersahabat dengan syaitan ialah seseorang yang terpaksa bersahabat dengan syaitan kerana pada hari akhirat mereka ditempatkan didalam nereka lantaran kejahatan didunia.

Alangkah buruknya bershabat dengan syaitan di dalam neraka kerana syaitan adalah seburuk-buruk sahabat. 

Maksud yang di utuarakan oleh Iman Qurtubi itu kedua-duanya tidak bertentangan dan boleh digabungkan menjadi pengajaran bagi ayat ini.

Sabtu
24 Muharram 1442
12 September 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *