**TADABBUR WAHYU SIRI 688**

**4.38.1 Tadabbur Surah An-Nisa 43**

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا ۚ وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا.

43-Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula hampiri sedang kamu dalam keadaan Junub kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

Topik yang dibawa oleh surah an-nisa’ nampaknya telah memberikan perincian lebih mendalam berkaitan hukum-hakam melibatkan ibadat solat.

Dalam ayat ini teradapat beberapa hukum pertamanya hukum minum arak sebelum menunaikan solat.

Hukum ini sememangnya diturunkan oleh Allah sebelum daripada pengharaman arak secara menyeluruh.

Dengan penurunan ayat ini, larangan meminum arak dikhususkan kepada mereka yang mahu mengerjakan solat iaitu mereka tidak dibenarkan solat dalam keadaan mabuk.

Larangan ini sebenarnya telah menghadkan masa untuk meminum arak kerana dalam masa sehari semalam umat Islam diwajibkan untuk solat sebanyak lima kali.

Hukum ini kemudiannya telah dimansuhkan dan diganti dengan pengharaman meminum arak secara total.

Hukum kedua ialah larangan solat dalam keadaan berjunub.

Dlam masa yang sama ayat ini juga menerangkan hukum rukhsah atau keringanan bagi mereka yang berjunub tetapi tidak ada air untuk mengangkat hadas besar.

Ketika itu mereka dibenarkan untuk melakukan tayammum.

Ibadat tayammum tidak sama dengan mengambil wuduk, ini kerana tayammum dilakukan dengan menggunakan “saidan tayyiban”.

Para ulama berbeza pandangan dalam memahami perkataan “saidan tayyiba” sebahagaian ulama berangapan maksudnya ialah debu lalu mereka mensyaratkan tayammum dilakukan hanya dengan debu.

Sebahagian ulama pula berpandangan maksud saidan tayyiban ialah “debu dan batu dengan itu mereka beranggapan alat untuk bertayammum ialah debu dan batu.

Para ulama juga berbeza pandangan dalam menentukan apakah yang dimaksudkan dengan tangan.

Sebahagaian mereka menganggap tangan dalam bertayammum hanya pada perggelangan tangan sahja dan sebahagian mereka berpandangan yang dimaksudkan dengan tangan ialah sampai ke siku.

Berdasarkan ayat diatas, para ulama seluruhnya sepakat menerima tayammum sebagai alternatif kepada wuduk dalam dua keadaan.

Pertama keadaan tidak ada air dan kedua keadaan tidak boleh menggunakan air seperti sakit dan sebagainya.

Disebabkan tidak ada dalil yang terperinci tentang hukum-hakam wuduk dan tayammum, maka para ulama telah berbeza pandangan dalam banyak hukum-hakam cabang dalam masalah ini.

Kupasan mereka itu boleh dilihat dan diperhalusi dalam kitab-kitab fekah dalam bab yang yang berkenaan.

Ahad
2 Safar 1442
20 September 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *