**TADABBUR WAHYU SIRI 691**

**4.42.1 Tadabbur Surah An-Nisa 46**

مِنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ وَرَاعِنَا لَيًّا بِأَلْسِنَتِهِمْ وَطَعْنًا فِي الدِّينِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ قَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَاسْمَعْ وَانْظُرْنَا لَكَانَ خَيْرًا لَهُمْ وَأَقْوَمَ وَلَٰكِنْ لَعَنَهُمُ اللَّهُ بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا.

46-Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah (isi Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata (kepada Nabi Muhammad): “Kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati): “Kami tidak akan menurut”. (Mereka juga berkata): “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk”, serta (mereka mengatakan): “Raaeina”; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutar belitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antara mereka).

Nampaknya sifat buruk sebahagian orang Yahudi diberitahu oleh Al-Quran.

Dalam surah al-Fatihah ia disebut secara umum.

Namun demikian surah al-Baqarah dan ‘Ali Imran memperincikan sifat-sifat mereka.

Dalam banyak sifat buruk sebahagian kaum Yahudi, sirah al-Baqarah, ‘Ali Imran dan surah an-Nisa’ mengulang-ulang satu sifat buruk mereka.

Sifat itu ialah mereka suka mempergunakan agama dan memutarbelitkan fakta.

Jika dilihat dari sudut kesan terhadap masyarakat maka jelaslah hikmah disebalik penekanan yang diberikan oleh al-Quran.

Ia tidak lain dan tidak bukan kerana tindakan memutarbelitkan fakta berkaitan agama Allah akan memusnahkan masyarakat.

Ini kerana maklumat dan pengetahuan yang ditukar ganti akan melenyapkan kebenaran.

Ajaran nabi-nabi terdahulu telah terpadam akibat berlakunya penyelewengan agama yang dilakukan oleh pengikut nabi-nabi yang mulia itu.

Ahad
9 Safar 1442
27 September 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *