**TADABBUR WAHYU SIRI 697**

**4.47.1 Tadabbur Surah An-Nisa 51**

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ أُوتُوا نَصِيبًا مِنَ الْكِتَابِ يُؤْمِنُونَ بِالْجِبْتِ وَالطَّاغُوتِ وَيَقُولُونَ لِلَّذِينَ كَفَرُوا هَٰؤُلَاءِ أَهْدَىٰ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا سَبِيلًا.

51-Tidakkah engkau perhatikan kepada orang-orang yang telah diberikan sebahagian dari Kitab (Taurat)? Mereka percaya kepada al-jibti, dan kepada taghut, dan mereka pula berkata kepada orang-orang kafir (kaum musyrik di Makkah) bahawa mereka (kaum musyrik itu) lebih betul jalan agamanya daripada orang-orang yang beriman (kepada Nabi Muhammad s.a.w).

Dari sudut penurunannya, ayat ini membicarakan tentang dua sifat buruk orang-orang Yahudi yang memusuhi Rasulullah saw.

Pertama mereka telah mengalami penyelewengan dalam akidah.

Ini kerana mereka beriman dengan apa yang disifatkan oleh al-Quran sebagai al-jibti dan taghut.

Para ulama berbeza pandangan dalam menentukan makna al-jibti dan taghut.

Imam al-Qurtubi telah membawa pandangan Imam Malik  yang menyatakan al- jibti bermaksud sesuatu yang disembah selain Allah dan taghut pula bermaksud syaitan.

Ada juga pandangan yang meletakkan secara umum iaitu kedua-dua perkataan itu tadi bermaksud: sesuatu yang disembah selain Allah.

Sikap kaum Yahudi yang kedua disebut dalam ayat diatas ialah mereka telah membolak-balikkan kebenaran demi mendapat kepentingan yang diingini.

Hal ini dapat dilihat daripada sebab penurunan ayat ini.

Imam al-Qurtubi dalam kitab beliau menyatakan,
selepas berlakunya peperangan Uhud, Ka’ab bin Ahbar, salah seorang ketua kaum Yahudi Madinah telah pergi bersama sekitar 70 orang pengiring menemui Abu Sufian di Mekah.

Tujuan mereka kesana ialah bagi mengatur perancangan untuk melancarkan perang terhadap kerajaan Madinah.

Apabila mereka sampai disana, rombongan Yahudi ini diberikan layanan yang baik dan dimuliakan oleh Abu Sufian.

Mereka telah membuat kata sepakat dan perjanjian untuk memerangai nabi saw di Madinah.

Ketika itu, Abu Sufian bertanya kepada rombongan itu.

Kamu adalah kaum yang membaca kitab suci agama kamu sedangakan kami adalah kaum yang ummi iaitu tidak memiliki kitab suci.

Maka siapakah yang berada diatas jalan yang benar, kamikah atau Muhammad?

Kaab bin Ahbar menjawab : kamulah yang berada diatas jalan yang benar berbanding dengan Muhammad.

Seperti yang diketahui, kaum Yahudi adalah mereka yang percaya kepada Allah dan nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah kepada Bani Israel.

Sudah tentu pada hakikatnya mereka juga mengetahui bahawa agama orang-orang Quraish yang menyembah berhala adalah salah.

Namun demikian, demi mendapat sokongan dan membina hubungan dengan pihak Quraish, mereka sanggup menyatakan bahawa apa yang dilakukan oleh orang-orang Quraish adalah benar dan apa yang dilakukan oleh nabi saw itu adalah salah.

Dengan itu mereka telah menukarkan kebenaran menjadi kesalahan dan menganggap kesalahan sebagai kebenaran demi mendapat sokongan orang-orang Quraish.

Khamis
28 Safar 1442
16 Oktober 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *