**TADABBUR WAHYU SIRI 698**

**4.47.1 Tadabbur Surah An-Nisa 52**

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ وَمَنْ يَلْعَنِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ نَصِيرًا.

52-Mereka itulah orang-orang yang dilaknat oleh Allah; dan sesiapa yang dilaknat oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapati sesiapa pun yang boleh menolongnya.

Ayat ini menerangkan bahawa mereka yang telah melakukan kesalahan dan penyelewengn seperti yang disebut sebelum ini telah dilaknat oleh Allah.

Maksud dilaknat bukan bermakna Allah memaki-hamun mereka.

Maksud laknat disini ialah mereka telah dijauhkan dari hidayah dan rahmat Allah.

Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa Allah menjauhkan mereka daripada rahmatnya kerana perbuatan mereka itu.

Sebesar-besar laknat dan musibah diatas muka bumi ini ialah apabila Allah menjauhkan seseorang dari kebenaran serta sifat menginsafi kesalahan.

Ini kerana apabila seseorang itu tidak lagi berada di atas jalan yang lurus, enggan mengakui kesilapan dan enggan bertaubat kepada Allah, maka ia akan membawa kepada perlakuan salah yang berterusan.

Sebaliknya, orang-orang yang Allah mahukan kepada mereka kebaikan, akan dilorongkan kepada mereka keinsafan terhadap perbuatan buruk dan dimudahkan untuk kembali kepangkal jalan.

Seperti biasa, seorang manusia tidak boleh memberi alasan terhadap kejahatan yang dilakukan dengan beranggapan ia kehendak Allah.

Akan tetapi manusia perlu berusaha untuk mendapatkan kebaikan dan mengelakkan keburukan.

Dalam perenggan ini yang bermula daripada ayat 44, beberapa sikap buruk telah disebut.

Sikap-sikap buruk itu mengundang kemurkaan Allah sehingga pelakunya disifatkan sebagai orang yang dijauhi dari rahmat allah, orang-orang yang dilaknat oleh Allah.

Sifat tersebut  ialah:
i-berada dalam kesalahan dan mahu orang lain juga melakukannya

ii-melakukan syirik

iii-menganggap diri suci dan terlepas dari dosa

iv-menyelewengkan fakta mengikut nafsu

v-meletakkan ketaatan kepada selain Allah

Ahad
1 Rabi’ulawal 1442
18 Oktober 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *