**TADABBUR WAHYU SIRI 699**

**4.48.1 Tadabbur Surah An-Nisa 52**

أَمْ لَهُمْ نَصِيبٌ مِنَ الْمُلْكِ فَإِذًا لَا يُؤْتُونَ النَّاسَ نَقِيرًا.
53-Apakah ada bagi mereka (kaum Yahudi itu) sesuatu bahagian dari kekuasaan memerintah? (kalau ada) maka sudah tentu mereka tidak akan memberikan sedikitpun kepada manusia.

Ayat ini kelihatan tergantung kerana ia membincarakan tentang mulk (kuasa) memerintah.

Sebenarnya ayat ini menerangkan tentang sifat Yahudi yang tidak mahu orang lain  menerima agama Allah.

Mereka mahu kepimpinan agama berada pada kaum Yahudi sahaja.

Mereka juga sebelum ini dengan mudah membuat keputusan bahawa orang Quraish yang menyembah berhala itu berada diatas jalan yang benar.

Dengan sifat yang demikian Allah menyangkal perbuatan mereka.

Mereka tidak ada kuasa untuk menentukan semua itu kerana kuasa sebenar adalah milik Allah.

Allahlah yang menentukan dengan sifatnya yang Maha Bijaksana untuk menentukan apa yang Dia mahu.

Selain daripada menyangkal hak orang-orng Yahudi untuk menentukan siapakah yang layak menjadi nabi, al-Quran juga mendedahkan sifat buruk Yahudi yang tidak akan memberikan perkonsian dan tidak dapat menerima orang lain sedikit pun.

Jika mereka memiliki sedikit sahaja kekuasaan maka mereka akan memonopoli semua yang dimiliki itu kepada diri mereka sahaja.

Hal ini mendedahkan sifat buruk yang sebenarnya menggambarkan kepada kecintaan kepada dunia, kecintaan kepada kuasa dan sifat buruk mahu menjadi orang-orang yang dipandang mulia dihadapan manusia.

Sifat buruk ini boleh sahaja berlaku kepada masyarakat manusia dan tidak terhenti kepada kaum Yahudi sahaja.

Oleh itu umat Islam perlulah berhati-hati agar tidak terjerumus kedalam sifat yang telah dimiliki oleh masyarakat Yahudi ini.

Isnin
2 Rabi’ulawal 1442
19 Oktober 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *