**TADABBUR WAHYU SIRI 700**

**4.49.1 Tadabbur Surah An-Nisa 53**

أَمْ يَحْسُدُونَ النَّاسَ عَلَىٰ مَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ ۖ فَقَدْ آتَيْنَا آلَ إِبْرَاهِيمَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَآتَيْنَاهُمْ مُلْكًا عَظِيمًا.

54-Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan agama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (agama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar.

Ayat ini masih lagi meneruskan perbincangan sebelum ini.

Ia menerangkan tentang sifat-sifat buruk yang dimiliki oleh orang-orang Yahudi yang menentang Rasulullah saw.

Antara sifat buruk yang sering kali disebut oleh al-Quran ialah sifat dengki.

Mengikut Syeikh Rashed Redha dalam tafsir beliau, kaum Yahudi dengki dengan kelebihan yang telah Allah berikan kepada nabi Muhammad saw dan orang-orang Arab.

Ini kerana kenabian akhir zaman diberikan kepada bangsa Arab, begitu juga dengan kitab al-Quran.

Dengan pemberian itu, bangsa Arab telah bertukar dari sebuah bangsa yang lemah dan terpinggir kepada bangsa yang berpengaruh.

Jika dilihat dari sudut penurunannya, ayat ini diturunkan diakhir fasa Madinah.

Situasi ketika itu menyaksikan perubahan umat Islam daripada kelompok yang lemah kepada kuat dan menguasai suasana.

Hal ini sangat menyakitkan hati kaum Yahudi.

Mereka mereka merasakan bahawa semua nikmat itu hanya berhak dimiliki oleh orang-orang Yahudi sahaja.

Kenabian, kitab suci dan kekuasaan disangkanya hanya khas untuk di oleh kaum Yahudi semata-mata.

Sifat ini sangat buruk kerana Allah mahukan hidayah dan kebenaran disebarkan untuk manusia seluruhnya.

Kebenaran dan hidayah bukan milik sesuatu kumpulan, puak dan kelompok.

Ia adalah milik Allah untuk diberikan kepada manusia seluruhnya.

Dari sikap ini, jelaslah kaum Yahudi tidak layak sebenarnya untuk menerima kenabian. Mereka tidak layak menerima kitab suci al-Quran.

Ini kerana sifat mereka yang fanatik kepada puak dan kumpulan.

Sedangkan risalah yang diberikan kepada nabi akhir zaman adalah risalah sejagat, risalah untuk manusia seluruhnya.

Sabtu
14 Rabi’ulawal 1442
31 Oktober 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *