**TADABBUR WAHYU SIRI 702**

**4.51.1 Tadabbur Surah An-Nisa 56**

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا.

56-Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Dalam ayat ini, Allah menerangkan tentang natijah dari kejahatan yang dilakukan oleh menusia.

Pada pemikiran manusia, kejahatan yang dilakukan mungkin membawa kegembiraan.

Seperti seorang yang mempersendakan orang lain. Mereka merasakan orang yang diperesendakan itulah yang terinaya.

Akan tetapi, tuhan tidak melihat natijah duniawi yang sebentar.

Tuhan mengingatkan kita kepada natijah di akhirat yang lebih penting untuk di sedari.

Kejahatan membawa kesengsaraan di hari akhirat. Dan kesengsaraan itulah yang perlu diberikn perhatian oleh manusia. Ini kerana azab neraka adalah kesengsaraan yang berpanjangan.

Sungguhpun banyak ayat al-Quran menerangkan tentang azab di hari akhirat, namun ayat ini mengandungi maklumat tambahan tentang itu.

Ia menceritakan salah-satu daripada azab yang dialami oleh mereka yang menghuni neraka.

Sesuatu yang menjadi musibah kepada manusia walau bagaimana besar sekalipun akan berakhir dengan kematian dan itulah sifat azab di dunia ini.

Akan tetapi azab yang sebenar dan terbesar ialah apabila azab itu tidak ada penghujungnya.

Ayat ini menerangkan bahawa setiap kali kulit orang yang dikenakan azab api neraka itu musnah, maka ia akan digantikan dengan kulit yang lain.

Secara tersiratnya ayat ini mahu menerangkan bahawa ia adalah azab yang sangat menakutkan kerana ia tidak ada penghujungnya.

Semoga kita dihindari oleh Allah dari menjadi penghuni neraka yang penuh azab, yang demikian itu dengan Allah memandu kita kearah jalan yang lurus dan menyelamatkan kita dari segala bentuk penyelewengan. Amin ya Rab.

Ayat ini diakhiri dengan dua sifat Allah iaitu Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Allah Maha Perkasa untuk mengenakan azab kepada siapa sahaja, biarpun orang itu berpengaruh dan digeruni orang ketika mereka di dunia.

Dan Allah Maha Bijaksana lalu Dia boleh saja menggantikan kulit-kulit manusia yang terbakar itu dengan kulit yang lain. Semua itu tidak sukar bagiNya.

Khamis
19 Rabi’ulawal 1442
5 November 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *