**TADABBUR WAHYU SIRI 703**

**4.52.1 Tadabbur Surah An-Nisa 57**

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَنُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۖ لَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَنُدْخِلُهُمْ ظِلًّا ظَلِيلًا.

57-Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan yang suci bersih, serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.

Seperti biasa, setelah menerangkan perihal orang yang mendiami neraka kerana kejahatan yang dilakukan, dijelaskan pula berkaitan dengn syurga.

Ayat ini kelihatan sama dengan ayat-ayat lain yang menceritakan tentang syurga.

Pada hakikatnya, jika diperhatikan dengan teliti nescaya setiap ayat yang menceritakan tentang syurga itu ada kelainannya yang tersendiri berbanding dengan ayat yang lain.

Kelainan ayat ini ialah ia menceritakan keadaan dalam syurga dengan menggabungkan beberapa keadaan yang menarik.

Pertama syurga bukan tempat tinggal orang sembarangan.

Sebaliknya syurga hanya di diami oleh orang yang berjaya menggabungkan antara dua perkara penting.  Keimanan dan amalan yang benar. Dua unsur teras dalam Islam.

Keunikan ayat ini juga ialah ia menggabungkan antara nikmat-nikmat syurga, pertama disebut sebagai kebun-kebun dan sungai-sungai.

Ia menggambarkan kepada pemandangan yang cantik dan menyejukkan mata.

Nikmat itu bila digabungkan dengan nikmat pasangan yang suci akan memberikan ketenangan hati dan kegembiraan yang mendalam.

Kegembiraan itu bertambah besar apabila ia dijamin sebagai kebahagiaan yang kekal dan tidak akan hilang. Dengan jaminan ini sebarang kebimbangan tidak akan ada lagi dalam hati penghuni syurga.

Akhir sekali ayat ini menerangkan tentang nikmat berada dibawah bayangan dan lindungan.

Ia memberikan gambaran sebagai tempat yang selesa dan jauh dari suasana resah akibat cuaca yang melampau samada terlalu sejuk atau terlalu panas.

Dengan disebutkan empat perkara diatas ayat ini menggabungkan antara nikmat ketenangan hati dan nikmat fizikal yang keduanya menjadi dambaan manusia.

Dengan penerangan seperti ini diharapkan setiap manusia berlumba-lumba untuk menjadi penghuni syurga dengan memenuhi dua sifat yang disebut diawal ayat.

Beriman dan beramal soleh itulah maqasid dan tujuan dibentangkan perkhabaran alam akhirat ini.

Semoga kita diberikan kekuatan untuk menjadi orang yang beriman dan beramal soleh. Amin

Ahad
22 Rabi’ulawal 1442
8 November 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *