**TADABBUR WAHYU SIRI 704**

**4.53.1 Tadabbur Surah An-Nisa 58**

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَىٰ أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ ۚ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا.

58-Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

Bermula dengan ayat ini, berlaku perubahan dalam gaya penyampaian.

Beberapa ayat sebelum ini dibawa dalam bentuk larangan terhadap perkara buruk, balasan syurga dan neraka.

Ayat ini pula disampaikan dalam bentuk suruhan.

Suruhan dalam ayat ini menyentuh tentang dua sifat  teras yang sangat penting dalam kehidupan manusia.

Sifat yang dimaksudkan itu ialah sifat amanah dan sifat adil.

Rangkap pertama ayat ini Allah berfirman dengan maksud:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya”

Suruhan ini sebenarnya umum dan mencakupi semua tanggungjawab manusia dalam kehidupan ini.

Dengan suruhan ini termasuklah segala amanah samada tanggungjawab manusia dengan diri sendiri, tanggungjawab dengan keluarga, ibu bapa, sahabat handai dengan masyarakat, tanggungjawab dengan majikan dan semuanya.

Suruhan kedua dalam ayat ini ialah dalam rangkap

“dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, hendaklah kamu menghukum dengan adil”.

Imam al-Qurtubi sewaktu mengupas ayat ini mengatakan bahawa ayat ini mencakupi tuntutan agama dan syarak seluruhnya.

Setelah Imam Al-Qurtubi membawa tafsiran dan pandangan berbagai tentang makna amanah dan adil, beliau menjelaskan bahawa ayat ini ditujukan kepada pemimpin dalam melaksanakan amanah pemerintahan, ulama dalam memberi pandangan dan seluruh mereka yang membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

Sudah tentu umat Islam akan menjadi sebuat umat yang perkasa jika dua akhlak teras ini dapat diterapkan dalam kehidupan masyarakat.

Sifat amanah dengan menjalankan setaip tugas dengan penuh dedikasi dan sifat adil yang memberikan setiap yang berhak itu dengan haknya yang sebenar.

Semoga Allah memberikan kepada kita kekuatan untuk mengamalkan dua sifat penting ini. Amin ya Rabbal Alamin.

Ahad
29 Rabi’ulawal 1442
15 November 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *