**TADABBUR WAHYU SIRI 705**

**4.54.1 Tadabbur Surah An-Nisa 59**
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ ۖ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا.
59-Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Ayat ini menyuruh orang-orang beriman agar taat kepada Allah, Rasul dan kepada ulil amri.

Menurut Imam al-Qurtubi, ayat ini sebenarnya adalah rentetan daripada ayat sebelum ini yang menyuruh pemimpin agar patuh kepada Allah.

Ia memberi isyarat bahawa kepatuhan kepada pemimpin bukanlah secara mutlak tetapi mestilah berdasarkan kepada ketaatan mereka kepada Allah.

Hal ini dikukuhkan lagi dengan bentuk ayat ini yang menyebut taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan pemimpin.

Perkataan taatlah disebut ketika Allah menyuruh kepada mentaati Allah dan Rasul, sementara perkataan “taatlah” tidak disebut ketika menyuruh mentaati pemimpin.

Ia memberi isyarat bahawa ketaatan kepada pemimpin bukannya mutlak.

Sebaliknya ketaatan kepada pemimpin mestilah bersandarkan kepada sejauh mana mereka taat kepada Allah dan Rasul.

Terdapat juga para ulama yang cuba meluaskan skop “ulil amri” disini kepada bukan sahaja pemimpin dalam makna pemerintah.

Sebaliknya maksud “ulil amri” disini juga meliputi orang-orang yang pakar dalam bidang masing-masing.

Ini kerana merekalah yang menguasai bidang itu dan mereka lah orang yang lebih tahu dengan selok belok bidang tersebut.

Kefahaman ini membawa kepada maksud seorang muslim mestilah merujuk kepada mereka yang berkeahlian dalam sesuatu bidang untuk mendapatkan nasihat dan panduan.

Sesuatu keputusan dan pendirian pemerintah juga mestilah berdasarkan kepada keputusan pakar dalam bidang yang berkaitan.

Isnin
15 Rabi’ulakhir 1442
1 Disember 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *