**TADABBUR WAHYU SIRI 706**

**4.54.2 Tadabbur Surah An-Nisa 59**
.
59-Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Rangkap kedua dalam ayat ini ialah firman Allah yang bermaksud:

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

Ayat ini sebenarnya merupakah salah satu daripada ayat teras dalam Al-Quran.

Ia membincangkan tentang prinsip penting dalam kehidupan seorang musim.

1-seorang muslim mestilah memartabatkan Al-Quran dan sunnah dalam hidup mereka.

2- al-Quran dan sunnah bukan sahaja perlu dibaca atau dihafal semata-mata, sebaliknya ia perlu difahami dan dijadikan pegangan dalam hidup.

3-perselisihan dalam sebarang perkara perlu dirujuk kepada prinsip al-Quran dan hadis.

Al-Quran dan hadis tidak menyebut secara terperinci penyelesaian sesuatu masalah.

Sebaliknya apa yang diberikan ialah prinsip-prinsip asas dan dasar-dasar penting dalam kehidupan.

4- Umat Islam bukannya dilarang daripada berbeza pandangan dan berpolemik.

Sebaliknya umat Islam dilarang daripada bertelingkah dalam perkara dasar dan asas.

Adapun dalam persoalan cabang maka perbezaan pandangan tidak dapat dielakkan. Keluasan Islam menjadikan umat nabi Muhammad  menerima perbezaan pandangan dan kepelbagaian dalam perkara cabang.

Rabu
16 Rabi’ulakhir 1442
2 Disember 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *