**TADABBUR WAHYU SIRI 707**

**4.55.1 Tadabbur Surah An-Nisa 60**

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا.

60-Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Setelah membincangkan tentang kewajipan mentaati pemimpin, kini surah annisa’ membincangkan tentang kefarduan berhukum dengan hukum Allah.

Ayat ini mengisyaratkan bahawa mereka yang tidak meletakkan neraca berhukum denga apa yang yang diturunkan oleh Allah sebagai orang yang telah berjaya disesatkan oleh syaitan.

Namun demikian, apakah yang dimaksudkan berhukum dengan hukum Allah?

Sering kali masyarakat Islam melihat hukum Allah dengan pandangan yang sempit.

Ini kerana kebanyakan umat Islam jika membincangkan istilah hukum Allah, akan terbayang kepada mereka hukum memotong tangan orang yang mencuri, melakukan sebat kepada orang berzina.

Sedangkan hukum Allah tidak terhenti kepada beberapa hukum itu sahaja, bahkan hukum Allah meliputi hukum dalam ibadah, hukum dalam muamalat, hukum dalam munakahat dan hukum dalam segala bidang kehidupan.

Apa yang dimakusdkan berhukum dengan taghut dan tidak berhukum dengan hukum Allah bukan bermaksud sekadar melakukan maksiat atau meninggalkan sesuatu arahan Allah.

Ia lebih kepada menggambarkan keadaan seseorang yang tidak reda dengan ketetapan Allah dalam perkara yang telah sedia maklum, melebihkan sesuatu yang bukan dari perkhabaran tuhan dalam perkara yang melibatkan asas-asas agama dan keyakinan kepada tuhan.

Seorang muslim mestilah mempunyai prinsip mahu bertindak berdasarkan apa yang diredai oleh Allah dalam semua urusan hidupnya.

Disebabkan kembali kepada Allah dan Rasul memerlukan perincian dan perbahasan yang mendalam, para ulama Islam telah menggubal ilmu Usul Fiqh bagi menjadi panduan umat Islam.

Melalui ilmu usul fiqh, Quran dan sunnah diadun dengan pemikiran sarjana untuk membentuk satu bentuk pengamalan agama yang bersesuaian dengan sesuatu masyarakat.

Khamis
18 Rabi’ulakhir 1442
4 Disember 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *