**TADABBUR WAHYU SIRI 708**

**4.56.1 Tadabbur Surah An-Nisa 61**

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا.

61-Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

Dalam ayat yang lepas Allah menerangkan sifat orang munafik. Iaitu sifat tidak meletakkan syariat Allah sebagai satu neraca dan prinsip hidupnya.

Sifat tidak menghiraukan batas-batas syariah Allah sebagai landasan dalam hidup.

Kini ciri-ciri munafik dijelaskan lagi, mereka digambarkan sebagai orang yang menyekat orang lain daripada menghampiri Rasulullah saw. 

Sudah tentu maksud menghampiri Rasulullah saw disini bukan sahaja bermaksud menghampiri Baginda dari sudut fizikal semata-mata, tetapi juga bermakskud menghampiri ajaran dan nilai-nilai yang dibawa.

Sememangnya pada zaman nabi saw, ada segelintir orang Yahudi yang telah bertindak mengaku memeluk Islam sedangkan di dalam hati mereka itu ada perasaan benci dan tidak percaya dengan ajaran Islam.

Mereka berpura-pura memeluk Islam kerana mahu mengelirukan umat Islam dan menyebarkan kekeliruan itu dikalangan masyarakat Islam.

Selasa
22 Rabi’ulakhir 1442
8 Disember 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *