**TADABBUR WAHYU SIRI 709**

**4.57.1 Tadabbur Surah An-Nisa 62**
فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَاءُوكَ يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا.

62-Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa musibah disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: “Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)”.

Ayat ini masih lagi membincangkan bagaimana orang Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam sedangkan mereka memusuhi nabi saw.

Ayat sebelum ini menerangkan tentang sikap mereka yang tidak mahu orang lain mendengar dan mendapat penerangan daripada nabi saw. 

Ayat ini pula memperincikan lagi sifat kaum munafik itu. Mereka digambarkan telah ditimpa musibah kerana perbuatan mereka itu sendiri.

Mengikut Imam Qurtubi, ada ahli tafsir yang mentafsirkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan musibah disini ialah apabila mereka telah dinafikan oleh nabi saw dari menyertai peperangan bersama baginda. Keadaan ini merupakan tamparan kepada kaum munafik.

Ada pula yang mengatakan bahawa ayat ini menerangkan keadaan orang munafik yang semakin jelas kedudukan mereka, apabila nabi saw mengarahkan masjid yang dibina oleh mereka (masjid dirar) untuk memecah belahkan umat Islam, agar diruntuhkan. 

Mereka pada dua keadaan diatas telah bersumpah dengan nama Allah bagi menjelaskan bahawa mereka tidak berniat buruk.

Selain itu, mereka cuba meyakinkan nabi saw dan orang beriman bahawa mereka semua berada dipihak yang benar.

Dalam kehidupan hari ini, umat Islam sudah tidak menemui orang yang munafik dalam bentuk yang digambarkan kerana orang munafik yang berada pada zaman nabi ialah kaum Yahudi yang mengaku beriman.

Akan tetapi ayat ini memberi panduan agar umat Islam mengenali ciri-ciri dan sifat kemunafikan yang akan pasti ada disepanjang zaman.

Jumaat
1 Disember 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *