**TADABBUR WAHYU SIRI 710**

**4.58.1 Tadabbur Surah An-Nisa 63**

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُلْ لَهُمْ فِي أَنْفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا.

63-Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.

Ayat ini mengajar nabi bagaimana cara berhubung dengan orang-orang munafik.

Ini kerana Allahlah Yang Maha Mengetahui kekufuran yang ada di dalam hati setiap dari mereka.

Dari sudut kemanusiaan, mejoriti orang-orang munafik zaman nabi sedia diketahui umum.

Kumpulan ini menghina nabi, membina masjid untuk memecah-belahkan kaum muslimin dan melakukan berbagai usaha untuk mengelirukan orang Islam.

Apakah yang perlu dilakukan terhadap mereka?

Terjemahan ayat ini yang berbunyi “berpalinglah dari mereka” mewakili sebahagian daripada makna “faa’arid anhum”.

Sebahagaian ulama berpandangan berpaling maknanya jangan kamu melayan mereka.

Namun demikian makna ini kelihatan sedikit bertentangan dengan makna selepasnya iaitu nasihatilah mereka dan katakanlah kepada mereka kata-kata yang memberi kesan.

Jika telah berping dan tidak melayan maka bagaimana mahu menasihati mereka?

Oleh itu, sebahagain pentafsir mengaitkan ayat ini dengan ayat sebelumnya.

Tindakan orang munafik datang memohon maaf, bersumpah dengan nama Allah dan memberi alasan terhadap kesalahan mereka.

Maksud “berpalinglah” disini maknanya berpalinglah kamu wahai Muhammad dari terpengaruh dengan alasan mereka iaitu jangan kamu mempercayai alasan-alasan tersebut.

Al-Baghawi pula menyatakan maksud berpaling disini ialah jangangalah kamu menghukum mereka terhadap kesalahan yang telah dilakukan itu, sebaliknya cukup dengan hanya memberi nasihat sahaja kepada mereka.

Jika diperhatikan kepada ayat ini tidak ada pula hukuman yang berat dijatuhkan kepada orang munafik yang telah bertindak melakukan kekeliruan dalam masyarakat Islam.

Dalam sirah nabi saw dalil-dalil sahih menunjukkan bahawa Baginda tidak melancarkan perang kepada kaum munafik sehinggalah mereka mengancam keselamatan negara Madinah dan menjadi tali barut musuh.

Disana terdapat satu cerita yang diriwayatkan oleh al-Wahidi dan Imam Tabari bahawa Umar al-Khattab telah membunuh seorang munafik hanya kerana dia tidak berpuas hati dengna hukuman yang telah diputuskan oleh Rasulullah saw.

Dalam peristiwa itu alasan yang diberikan ialah  balasan itulah yang sepatutnya dikenakan kepada mereka yang tidak berpuas hati dengan hukum yang ditetapkan oleh nabi saw.

Hadis ini adalah hadis daif(lemah) dan kelihatan janggal kerana ayat Al-Quran tidak menyebut tentang hukuman sedemikian.

Hadis ini juga didapati bertentangan dengan hadis sahih yang mana nabi saw melarang Umar al-Khattab membunuh orang munafik.

Tersebarnya hadis seperti ini seringkali diikuti dengan tindakan tidak mengupas taraf hadis dengan cermat menjadikan sebahagian umat Islam merasakan adalah perlu membunuh orang yang tidak bersetuju dengan hukkum Allah.

Sedangkan Al-Quran tidak menyuruh demikian, sebaliknya menyuruh nabi saw menyampaikan dakwah Baginda tanpa mengenakan kepada orang munafik sebarang hukuman diatas kemunafikan mereka itu.

Wallhuaalam.

Sabtu
18 Jamadilawal 1442
2 Disember 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *