**TADABBUR WAHYU SIRI 711**

**4.59.1 Tadabbur Surah An-Nisa 64**

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَحِيمًا.
Maksudnya:

Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah. Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

Ayat ini dimulakan dengan prinsip umum dan asas penting dalam agama iaitu kewajipan mentaati utusan Allah.

Mentaati Rasul dengan “izin Allah” ditafsirkan oleh para ulama dengan beberapa tafsiran.

Ada yang mengatakan makna izin disini ialah “dengan suruhan Allah”.

Dengan itu sebagai seorang Rasul, nabi Muhammad saw juga berhak dipatuhi dan diikuti oleh kaumnya.

Setelah menerangkan prinsip ini, Allah memberikan contoh orang yang tidak mentaati Rasul.

Mereka ialah orang munafik yang datang meminta maaf, mencipta alasan dan bersumpah dengan nama Allah sedangkan mereka berbohong kepada nabi saw.

Jika mereka datang menemui nabi dalam keadaan beriman, insaf dan ikhlas sudah tentu mereka akan mendapat pengampunan dari Allah.

Tetapi orang-orang yang memilih untuk tergelincir dari jalan yang benar berasa berat untuk melakukannya.

Mereka memilih untuk tidak berada diatas jalan yang benar.

Ayat ini memberikan pengajaran kepada umat Islam agar tidak bersifat dengan sifat orang munafik seperti yang dijelaskan.

Sebaliknya sifat umat Islam ialah menginsafi kesilapan, tunduk kepada kebenaran dan sentiasa menjadikan Rasulullah sebagai model dalam kehidupan.

Semoga Allah memberikan kekuatan untuk itu.

Khamis
24 Jamadilawal 1442
8 Januari 2020
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *