**TADABBUR WAHYU SIRI 713**

**4.61.1 Tadabbur Surah An-Nisa 66**

وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ ٱقْتُلُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ أَوِ ٱخْرُجُوا۟ مِن دِيَٰرِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌۭ مِّنْهُمْ ۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا۟ مَا يُوعَظُونَ بِهِۦ لَكَانَ خَيْرًۭا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًۭا.

66. Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): “Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu”, nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruhan dan tegahan) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

Ayat ini meneruskan perbincangan berkaitan dengan orang yang berpura-pura mengaku beriman tetapi mereka sebenarnya tidak beriman.

Jika mereka boleh mengaburi mata manusia dengan kata-kata yang manis, mereka tidak dapat menipu Allah yang maha mengetahui isi hati manusia.

Dalam ayat ini Allah mengaitkan sifat kemunafikan dan kekufuran yang ada dalam hati manusia dengan kesan pada amalan mereka.

Kita boleh mendakwa iman kita kuat dan seringkali kita tertipu dengan perasaan seperti itu.

Jesteru, ayat ini menerangkan bahawa dakwaan beriman itu perlu dikaitkan dengan amalan dan pengorbanan manusia kepada Allah.

Ayat diatas menyanggah dakwaan orang munafik yang mengatakan mereka sebenarnya beriman dengan iman yang benar.

Ini kerana iman yang benar dan tulus kepada Allah sudah tentu mendorong manusia untuk mentaati perintah dan sanggup berkorban demi mendapat keredaanNya.

Seringkali orang yang cuba mendekatkan diri kepada Allah diganggu oleh bisikan syaitan yang mengatakan bahawa mereka telah memiliki tahap iman yang kuat.

Teruja dengan perasaan itu sering membuatkan seorang hamba yang pada asalnya merendah diri kepada Tuhan bertukar menjadi individu yang angkuh dan tergelincir perjalanan hidupnya.

Untuk mengelakkan hal ini berlaku maka al-Quran memberikan panduan yang senang untuk difahami.

Benarkah kita memiliki iman yang kuat sedangkan amalan kita pada tahap biasa. Bagaimana pula amal ibadat, amal dalam ilmu, dakwah, amalan infaq dan seluruh amalan lain?

Itulah rahsianya Allah menyebut ayat diatas yang bermaksud:
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):
“Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu”, nescaya mereka tidak akan melakukannya.

Mereka yang tertipu dengan diri sendiri dan menyangka iman mereka utuh dan kuat perlu melihat kepada amalan mereka.

Dalam ayat dia, amalan yang disebut sebagai bukti keimanan pula bukannya banyak berzikir atau solat.

Tapi disebut dengan membunuh diri dan keluar dari kampung halaman.

Dua perbuatan ini sebenarnya mewakili maksud berjuang pada jalan Allah.

Berjuang pada jalan Allah bukan bermaksud berperang semata-mata tetapi bermaksud berusaha menjaga batas-batas agama Allah, berusaha membawa kebaikan kepada manusia, meninggikan ajaran Allah, menyebarkannya kepada manusia.

Itulah bukti ketulusan dan penyerahan manusia kepada Allah. Dan itulah bukti kekuatan iman yang sebenar.

Isnin
05 Jamadilakhir 1442
18 Januari 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *