**TADABBUR WAHYU SIRI 714**

**4.62.1 Tadabbur Surah An-Nisa 67-68**

وَإِذًا لَآتَيْنَاهُمْ مِنْ لَدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا.
67- Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka – dari sisi Kami – pahala balasan yang amat besar;

وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا.

68- Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.

Ayat ke 67 dan ayat ke 68 adalah sambungan daripada perbincangan sebelum ini.

Iaitu perbincangan berkenaan manusia yang jauh hidupnya dari mencari keredaan allah.

Orang-orang yang disifatkan sebagai tidak mengiktiraf syariah Allah yang telah diturunkan kepada manusia.

Setelah menceritakan keadaan itu, Allah menyuruh mereka agar kembali kepangkal jalan dengan meletakkan keredaan Allah sebagai neraca.

Sehingga dijelaskan, jika Allah menyuruh mereka membunuh diri mereka sendiri pun mereka sanggup untuk melakukannya.

Ini tidak bermakna Allah mahu orang yang bertaubat agar membunuh diri, tetapi ini adalah satu gambaran kepada kekuatan kehendak mereka untuk kembali kepada Allah.

Bahkan membunuh diri juga bermakskud: jika ada keperluan untuk berjuang sehingga ketitisan darah terakhir maka mereka sanggup berbuat demikian.

Kehendak yang kuat untuk mendapat keredaan Allah walaupun dengan terpaksa mengorbankan nyawa, itulah yang mahu dijelaskan.

Jika itulah kebenaran taubat dan kehendak orang yang pernah lalai, maka sudah tentu Allah menerima keimanan yang benar seperti itu.

Ayat ini menjelaskan bahawa keimanan yang benar seperti itu akan diberikan ganjaran yang besar.

Namun demikian ganjaran itu disebut secara umum sahaja disini.

Ganjaran Allah itu meliputi banyak jenis, samada ganjaran yang berupa kenikmatan di dunia dan juga kenikmatan di akhirat.

Ayat 68 pula menerangkan bahawa satu lagi pemberian Allah yang akan diberikan kepada mereka ialah mendapat jalan yang lurus.

Orang yang benar imannya jauh daripada kepura-puraan, jauh dari meletakkan habuan dunia sebagai topeng beragama adalah mereka yang mendapat jalan yang lurus.

Jalan yang lurus ini sangat penting untuk didapati oleh manusia kerana Allah hanya menerima agama yang benar dan jalan yang lurus.

Kepentingan mendapatkan jalan yang lurus ini jelas kelihatan apabila umat Islam digesa membaca al Fatihah setiap hari.

Surah al-Fatihah mengandungi doa untuk mendapatkan jalan yang lurus.

Semoga kita diberikan ganjaran oleh Allah dengan mendapat nikmatnya di dunia dan akhirat dan diberikan jalan yang lurus, yang diredai oleh Allah swt. Amin.

Khamis
06 Rejab 1442
18 Februari 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *