**TADABBUR WAHYU SIRI 716**

**4.64.1 Tadabbur Surah An-Nisa 70**

ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنْ اللَّهِ وَكَفَى بِاللَّهِ عَلِيمًا

70-Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah Yang Maha Mengetahui (akan balasan pahalanya).

Dalam beberapa ayat sebelum ini Allah menerangkan tentang balasan syurga bagi mereka yang beriman serta beramal soleh.

Ganjaran itu diperincikan dalam bentuk ianya balasan yang besar, akan berada bersama dengan para nabi, siddiqin dan syuhada serta solihin.

Kesemua kurniaan itu adalah limpahan kurnia Allah sebenarnya.

Ini kerana jika Allah tidak mahu, Allah boleh sahaja menutup pintu hati manusia dan membiarkan mereka berada dalam kesesatan lalu mereka berhak mendapat balasan azab yang pedih.

Pemberitahuan ini sebenarnya menjadi peringatan pula kepada orang yang beriman dan beramal soleh agar tidak tertipu dengan diri sendiri.

Seseorang yang melakukan kebaikan seringkali menyangka kebaikan itu datang dari diri mereka sendiri.

Sifat ini sebenarnya mudah terbentuk dalam diri seseorang yang melakukan kebaikan. Bahkan sifat ini seringkali menjadi senjata syaitan dalam melalaikan orang yang mahu melakukan kebaikan.

Jika sifat ini tidak dikawal nescaya sedikit demi sedikit sifat mulia yang ada pada diri seseorang akan terhakis dan bertukar menjadi buruk.

Ini kerana dia akan dihinggapi perasaan ego dan sombong kerana merasakan diri mulia dan terpuji apabila melakukan perbuatan yang baik.

Sebaliknya apabila melakukan sesuatu kebaikan maka hendaklah bersyukur kepada Allah yang telah memimpin kita dan memberikan kekuatan dalam melakukan kebaikan itu.

Dengan tindakan seperti ini, akan menghilangkan sifat ego dan akan menjadikan seseorang itu tetap bergantung kepada Allah dan mengharapkan petunjuk dan pimpinannya.

Dengan itu, pergantungan kepada Allah akan menguat dan sifat merasakan diri mulia itu akan mengecil serta dapat ditundukkan.

Selasa
018 Rejab 1442
2 Mac 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *