**TADABBUR WAHYU SIRI 719**

**4.67.1 Tadabbur Surah An-Nisa 74**
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ ۚ وَمَنْ يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا.

74-Oleh itu, orang-orang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (gugur Syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.

Setelah menerangkan sifat lari dari perjuangan adalah sifat orang yang mencintai dunia, maka kini diterangkan pula sikap orang yang inginkan akhirat.

Orang yang inginkan kebahagiaan akhirat memilih untuk berjuang pada jalan Allah walaupun perjuangan itu sesuatu yang pahit.

Perjuangan mendedahkan seseorang kepada risiko kehilangan harta dan nyawa.

Namun disebabkan ganjaran bagi perjuangan itu adalah keredaan Allah, maka orang yang memiliki keimanan yang tinggi akan memilih jalan perjuangan.

Peperangan adalah salah satu daripada bentuk perjuangan yang menuntut berbagai pengorbanan dari diri seorang muslim.

Sekali lagi diingatkan bahawa ayat ini bukan bermaksud perjuangan itu sebagai peperangan semata-mata.

Ini kerana perjuangan dalam menuntut dan menyebarkan ilmu, harta, perjuangan mengawal nafsu dan perjuangan meningkatkan kualiti diri tidak kurang pentingnya dari perjuangan dalam peperangan.

Seorang muslim dituntut untuk memiliki matlamat hidup. Dan matlamat yang tertinggi ialah bagi mendapat keredaan Allah.

Demi mendapat keredaan Allah itu seorang muslim sanggup untuk berusaha sedaya-upaya walaupun dengan terpaksa meninggalkan kepentingan keduniaan.

Itulah perjuangan seorang muslim dalam hidupnya.

Rangkap terakhir dalam ayat ini menerangkan bahawa pahala yang banyak akan diberikan oleh mereka yang berjuang walaupun mereka tidak berjaya dalam mencapai kemenangan di dunia ini.

Hal ini menunjukkan bahawa apa yang mahu dilihat oleh Allah ialah niat yang ikhlas, kesungguhan dan usaha. Walaupun dari sudut keduniaannya perjuangan itu masih belum berjaya.

Selasa
2 Syaaban 1442
16 Mac 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *