**TADABBUR WAHYU SIRI 720**

**4.68.1 Tadabbur Surah An-Nisa 75**

وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا.

75- Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal  dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami.

Mesej yang mahu disampaikan dalam ayat ini diterapkan secara simbolik.

Tidak ada arahan berjihad diberikan secara langsung tetapi gesaan kearah jihad menggunakan sentuhan naluri semulajadi manusia.

Bagaimanakah kamu tidak berjihad sedangkan musuh telah bertindak zalim kepada kamu dan anak isteri kamu.

Bagaimana kamu tidak melawan musuh sedangkan rakyat jelata sudah tidak tahan berada dalam tekanan dan penindasan.

Naluri semulajadi manusia mengakui bahawa kejahatan perlu dihentikan. Jika ada orang yang menzalimi orang lain maka kezaliman itu perlu disekat.

Jika hanya kekerasan yang dapat menyekat kezaliman itu maka kekerasan lah yang patut digunakan.

Ayat ini sekaligus menyangkal sangkaan sesetengah pihak yang menyuruh manusia bersabar sehingga mereka membiarkan kezaliman berleluasa. Bagi mereka berdoa dan bersabar sahaja yang perlu dilakukan.

Sedangkan Islam tidak bercanggah dengan naluri manusia yang luhur. Kejahatan perlu disekat dengan cara yang sesuai dengan sifat kejahatan itu.

Manusia tidak dapat mengakui kezaliman terhadap orang lain untuk dibiarkan begitu sahaja.

Ayat ini juga secara tidak langsung mengingatkan manusia bahawa jihad disyariatkan untuk memerangi kezaliman.

Sekaligus ia bukan bertujuan memuaskan nafsu pemimpin untuk memiliki sebuah empayar yang luas dan jauh lagi demi menundukkan sesuatu bangsa kepada bangsa yang lain.

Sayangnya umat Islam disepanjang sejarahnya  sering dipergunakan oleh pemimpin mereka untuk menentang orang lain atas nama jihad yang suci.

Sedangkan peperangan itu lebih bersifat kepentingan hawa nafsu dan demi mencapai kepentingan diri dan kumpulan yang sempit.

Pada hari ini jalan dakwah terbuka luas, tidak ada negara yang menghalang rakyatnya untuk beragama, bahkan kebanyakan penduduk dunia percaya dengan kebebasan beragama.

Jihad dalam situasi ini lebih tertumpu kepada perjuangan menentang penjajahan luar yang mahu menguasai sesebuah negara.

Banyak lagi kefahaman tentang jihad yang perlu dipelajari oleh umat Islam.

Sedar dengan kepentingan ini Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi menulis sebuah buku khusus bertajuk “Fiqh al-Jihad’ setebal dua jilid.

Dengan kefahaman yang betul umat Islam akan mengamalkan seluruh ajaran Islam sebagai satu tugas jihad yang penting.

Jihad membaiki diri, keluarga, ekonomi, ilmu dan jihad dalam menyatukan umat Islam dan manusia seluruhnya adalah antara jihad-jihad terpenting yang perlu diperkasakan oleh umat Islam masa kini.

Sabtu
6 Syaaban 1442
20 Mac 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *