**TADABBUR WAHYU SIRI 721**

**4.69.1 Tadabbur Surah An-Nisa 76**
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا.

Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut (Syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah.

Ayat ini secara simboliknya adalah satu arahan walaupun pada bentuknya disampaikan dalam bentuk perkhabaran.

Wahai orang beriman berperang lah pada jalan Allah, bukan pada jalan taghut.

Maksud berperang pada jalan taghut ialah berperang pada jalan syaitan.

Allah menyuruh orang beriman berperang untuk menolak kezaliman, penjajahan penindasan dan pencabulan hak. Orang beriman tugasnya ialah menegakkan keadilan dan menyebarkan kerahmatan kepada manusia.

Syaitan pula mengajak manusia kepada berlaku zalim, memuaskan hawa nafsu, melakukan penindasan dan pencerobohan. Menafikan hak orang lain, menyebarkan persengketaan, perpecahan dan kekacawan.

Seringkali berlaku kekeliruan umat Islam dalam memahami ayat ini.

Terdapat salah faham sebahagian masyarakat tentang ayat ini. Mereka menyangka al-Quran menyuruh orang Islam berperang dengan bukan Islam. Alasan mereka ialah orang Islam berada atas jalan Allah dan orang bukan Islam pula telah disasarkan dan dikuasai oleh syaitan.

Sangkaan ini tidak benar. Ini kerana Islam tidak menyuruh penganutnya memerangi orang bukan Islam semata-mata kerana mereka salah dalam akidah dan kepercayaan.

Walaupun penyelewengan akidah adalah satu kezaliman tetapi Islam mengiktiraf kebebasan beragama. Terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menyeru kepada kebebasan beragama dan melarang orang Islam berlaku zalim kepada orang lain termasuk orang yang tidak seagama dengan mereka.

Dalam masa yang sama perlu difahami bahawa kebenaran akidah tidak menunjukkan bahawa seseorang itu akan benar dalam setiap urusan lain termasuk dalam urusan pentadbiran negara dan pengurusan peperangan.

Sejarah telah menunjukkan ada sahaja orang Islam yang telah berlaku zalim terhadap orang lain.

Adapun ayat al-Quran menyifatkan orang beriman sebagai benar kerana itulah orang beriman yang mahu dibentuk oleh al-Quran. Sementara kezaliman dan kejahatan pula hanya layak dilakukan oleh orang yang tidak beriman dengan Allah, tidak beriman dengan pembalasan dihari akhirat dan tidak beriman dengan syurga dan neraka.

Walaupun al-Quran menyebut tentang orang beriman yang ideal, akan tetapi dalam dunia realiti keadaan sebaliknya tetap berlaku.

Ada sahaja orang beriman yang berlaku zalim kepada orang lain.

Apabila keadaan ini berlaku maka umat Islam tidak sepatutnya bersama dengan kezaliman hanya semata-mata pelakunya beragama Islam.

Sebaliknya umat Islam perlu menegakkan kebenaran walaupun terhadap diri sendiri, itulah prinsip asas yang ditegaskan dalam al-Qurann.

Isnin
8 Syaaban 1442
22 Mac 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *