**TADABBUR WAHYU SIRI 722**

**4.70.1 Tadabbur Surah An-Nisa 77**

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ قِيلَ لَهُمْ كُفُّوا أَيْدِيَكُمْ وَأَقِيمُوا الصَّلاَةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمْ الْقِتَالُ إِذَا فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَخْشَوْنَ النَّاسَ كَخَشْيَةِ اللَّهِ أَوْ أَشَدَّ خَشْيَةً وَقَالُوا رَبَّنَا لِمَ كَتَبْتَ عَلَيْنَا الْقِتَالَ لَوْلاَ أَخَّرْتَنَا إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ قُلْ مَتَاعُ الدُّنْيَا قَلِيلٌ وَالآخِرَةُ خَيْرٌ لِمَنْ اتَّقَى وَلاَ تُظْلَمُونَ فَتِيلاً.

77-Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: “Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat”. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun”.

Para ahli tafsir berbeza pandangan, apakah ayat ini ditujukan kepada para sahabat atau ditujukan kepada orang munafik.

Ini kerana ketika nabi saw di Mekah peperangan tidak disyaratkan lagi. Sebaliknya sahabat diarahkan untuk bersabar terhadap penentangan kaum musyrikin dan mereka digesa bersabar.

Dalam masa dakwah di Mekah berlangsung, orang-orang munafik masih belum wujud lagi. Sebaliknya kaum munafik mula wujud dalam dakwah nabi di Madinah.

Persoalannya ialah apakah sifat negatif seperti ini wujud dikalangan sahabat yang terkenal dengan sifat ikhlas dan sentiasa bersedia untuk berkorban pada jalan Allah.

Imam al-Qurtubi memilih untuk menyatakan bahawa ia adalah sifat negatif yang ada pada diri orang munafik. Selain itu beliau juga meletakkan kemungkinan peristiwa ini berlaku kepada sebahagian sahabat sebagai proses perubahan yang mereka lalui daripada dunia jahiliah kedunia iman dan perhambaan kepada Allah.

Sememangnya sifat semulajadi manusia tidak sama dari sudut kekuatan iman dan kesanggupan untuk berkorban pada jalan Allah.

Walaupun para ahli tafsir berselisih pandangan tentang siapakah yang dimaksudkan dalam ayat ini, namun mesej ayat sangat jelas.

Ayat ini menerangkan tentang sifat negatif yang sering ada pada manusia. Sifat tidak konsisten dengan kebenaran dan prinsip yang benar.

Hal ini terjadi apabila sesuatu situasi itu memerlukan kepada pengorbanan atau berdepan dengan kepayahan.

Allah mengajak orang beriman untuk tetap bersama kebenaran walaupun ianya pahit. Walaupun kebenaran itu mungkin berat dan membuatkan habuan dunia terlepas dari diri seseorang. Semoga Allah memberkati dan memberikan kekuatan untuk komited dengan kebenaran.

Khamis
11 Syaaban 1442
25 Mac 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *