**TADABBUR WAHYU SIRI 724**

**4.71.1 Tadabbur Surah An-Nisa 80**

مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ ۖ وَمَنْ تَوَلَّىٰ فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْهِمْ حَفِيظًا

80-Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

Ayat ini membincangkan satu asas dan prinsip yang sangat penting dalam Islam.

Asas ini berkaitan marjiiyyah.Bermaksud sumber rujukan.

Dalam bahasa yang mudah, ayat ini menerangkan peranan dan kedudukan Rasul dalam syariah Islam.

Baginda saw adalah wakil Allah dibumi ini bagi memberitahu bagaimanakah melalui kehidupan seperti yang dikehendaki oleh Allah.

Tidak ada seorang pun yang lebih tepat pengamalan agamanya melebihi Rasulullah saw.

Baginda adalah rujukan tertinggi dalam mengetahui sesuatu yang diredai oleh Allah.

Malangnya ada sebahagian umat Islam yang mengkagumi individu tertentu kerana kefahaman dan amalan mereka.

Sedangkan neraca sebenar ialah apa yang dibawa oleh nabi saw itulah yang sebenar dan diredai oleh Allah.

Walaupun nabi saw adalah utusan Allah tetapi baginda tidak bertanggungjawab terhadap kekufuran orang yang menolak ajaran baginda.

Manusialah yang menanggung natijah dari amal dan kebaikannya.

Selasa
16 Syaaban 1442
30 Mac 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *