**Tadabbur WAHYU SIRI 725**

**4.72.1 Tadabbur Surah An-Nisa 81**

 وَيَقُولُونَ طَاعَةٌ فَإِذَا بَرَزُوا مِنْ عِنْدِكَ بَيَّتَ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ غَيْرَ الَّذِي تَقُولُ ۖ وَاللَّهُ يَكْتُبُ مَا يُبَيِّتُونَ ۖ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا.

81-Dan mereka (golongan munafik) berkata: “(Kami) taat”, kemudian apabila mereka keluar dari majlismu, segolongan dari mereka memutuskan pada malam hari satu rancangan yang lain daripada (pengakuan taat) yang mereka katakan (kepadamu). Sedang Allah (perintahkan malaikat) menulis apa yang mereka rancangkan itu; maka berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka, (janganlah dihiraukan apa yang mereka rancangkan), serta berserahlah kepada Allah; kerana cukuplah Allah menjadi Pembela (yang memeliharamu dari angkara mereka).

Ayat ini menceritakan tentang orang-orang munafik yang berpura-pura menyatakan taat setia mereka kepada nabi saw.

Sedangkan mereka membuat perancangan untukenetang Baginda saw.

Membaca ayat ini sepintas lalu memberikan gambaran kehidupan Rasulullah saw yang dipenuhi dengan perjuangan.

Baginda saw bukan sahaja berdepan dengan pengikut yang setia akan tetapi disana ada musuh yang sentiasa cuba mengeruhkan suasana.

Detik-detik yang dilalui oleh Baginda bukan sahaja di dalam masjid tetapi turut terlibat dengan pentadbiran dan pemerintahan negara.

Sudah tentu Baginda memerlukan kepada bimbing tuhan untuk tetap dengan mesej melakukan perubahan positif pada setiap ketika.

Tanpa pertolongan Allah seorang insan akan terkeliru dan tersilap langkah dalam mengendalikan tugas besar memimpin umat kearah jalan yang benar.

Sebahagian umat Islam menyangka tugas nabi adalah ringan kerana sahabat Baginda sangat taat dan Baginda juga dibekalkan dengan mukjizat. Hal ini ditambah lagi dengan sangkaan mereka bahawa Baginda hanya memenuhi masa di masjid atau beribadah semata-mata.

Walaupun ketaatan sahabat tidak berbelah bahagi kepada Baginda namun disana ada musuh dalam selimut selain ada musuh yang terang-terangan.

Kedua-dua kumpulan itu sentiasa mencari peluang bagi memusnahkan dakwah baginda.

Untuk itu baginda memperuntukkan masa, harta dan tenaga untuk mendepani cabaran itu bahkan Baginda berusaha dengan gigih untuk memastikan kelangsungan dakwah agar tetap subur.
Selawat dan salam kepada Baginda Rasulullah yang mulia. Amin.

Jumaat
19 Syaaban 1442
2 April 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *