**TADABBUR WAHYU SIRI 726**

**4.74.1 Tadabbur Surah An-Nisa 83**

إِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا

Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada – “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu).

Setelah menerangkan tentang kewajipan mentadabbur al-Quran, surah ini meneruskan perbincangan mengenai sifat orang munafik.

Sifat yang dikaitkan dengan mereka pada kali ini ialah sikap cuba menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif dalam masyarakat.

“Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya;”

Ayat ini bermaksud apabila orang munafik mendapat berita tentang keadaan tentera nabi saw samada ketika mereka menang atau kalah, mereka akan segera menyebarkan berita itu kepada masyarakat.

Sedangkan berita itu jika diterima oleh mereka yang berpengetahuan akan dianalisis dengan cara yang betul.

Ayat ini bukan bermaksud umat Islam tidak dibenarkan untuk menyebarkan berita dan melarang kajian ilmiah serta analisis semasa.

Sebaliknya kajian ilmiah dan analisis isu semasa sangat perlu diperluaskan dalam media massa kerana melalui aktiviti tersebut minda masyarakat dapat diaktifkan dan pemikiran masyarakat terdedah kepada pelbagai perkara positif yang dapat mengangkat kedudukan umat Islam.

Selasa
23 Syaaban 1442
6 April 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *