**TADABBUR WAHYU SIRI 728**

**4.75.1 Tadabbur Surah An-Nisa 84**

فَقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا تُكَلَّفُ إِلَّا نَفْسَكَ ۚ وَحَرِّضِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ عَسَى اللَّهُ أَنْ يَكُفَّ بَأْسَ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ وَاللَّهُ أَشَدُّ بَأْسًا وَأَشَدُّ تَنْكِيلًا.

84-Oleh itu, berperanglah (wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam dari pencerobohan musuh); engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. Dan berilah peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani). Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. Dan (ingatlah) Allah Amatlah besar kekuatanNya dan Amatlah berat azab seksaNya.

Ayat ini sekali lagi menyuruh orang yang beriman agar berperang pada jalan Allah.

Suruhan berperang dikaitkan dengan”fi sabilillah” pada jalan Allah.

Berperang pada jalan Allah ialah apabila mempertahankan diri, harta, keluarga, negara dan agama.

Adapun berperang kerana mahu menguasai orang lain, kerana mahu menguasai pasaran dan berperang kerana kebencian adalah bukan pada jalan Allah.

Allah juga menyeru orang yang beriman agar berperang pada jalan Allah. Iaitu berperang dengan tujuan yang telah disebutkan di atas.

Suruhan berperang ini sudah tentu tidak bermaksud memikul senjata semata-mata.

Ini kerana kemenangan dalam peperangan melibatkan seluruh jentera negara berada dalam situasi yang sempurna.

Mereka yang mengurus kewangan tidak berpeluang memikul senjata tetapi kejayaan menguruskan kewangan menyebabkan senjata tentera boleh diperbaharui, dibaiki dan diselenggara.

Orang yang bertugas dalam bidang pertanian juga tidak berpeluang memikul senjata tetapi kejayaan mereka menjadikan tentera dan rakyat dapat meneruskan kehidupan dan perjuangan.

Daripada gambaran yang diberikan diatas jelas sekali bahawa setiap orang berpeluang untuk menyumbang pada kejayaan dan kemakmuran.

Apa yang penting tugas-tugas itu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas kepada Allah.

Jika semua orang mampu menyumbang dan mendapat pahala diatas sumbangan mereka, mengapa pula Tuhan menyebut berperang dan mengulang-ulang gesaan untuk berperang.

Gesaan dan suruhan yang berulang itu tidak lain dan tidak bukan disebut secara khusus kerana berperang merupakan tugas yang paling berat dan sukar untuk dilakukan oleh manusia. Berperang mendedahkan seseorang kepada kehilangan nyawa, mengalami kecederaan dan berdepan dengan kehilangan harta.

Disebabkan ia sangat berat dan sukar maka Allah mengkhususkannya untuk disebut dan disedari oleh setiap orang beriman.

Khamis
25 Syaaban 1442
8 April 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *