**TADABBUR WAHYU SIRI 729**

**4.76.1 Tadabbur Surah An-Nisa 85**

مَنْ يَشْفَعْ شَفَاعَةً حَسَنَةً يَكُنْ لَهُ نَصِيبٌ مِنْهَا ۖ وَمَنْ يَشْفَعْ شَفَاعَةً سَيِّئَةً يَكُنْ لَهُ كِفْلٌ مِنْهَا ۗ وَكَانَ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ مُقِيتًا.

85-Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Terjemahan diatas agak kurang jelas kerana mengekalkan perkataan asal bahasa arab “syafaat”.

Perkataan syafaat dikekalkan kerana ia mengandungi beberapa makna.

Ibnu Kathir menyatakan, maksud melakukan syafaat ialah melakukan sesuatu yang membawa kesan yang baik.

Pemberitahuan ini sangat sesuai dijelaskan disini kerana ayat sebelum ini menyuruh nabi dan orang beriman untuk berperang pada jalan Allah.

Oleh itu, jelas kepada pembaca bahawa amal yang mulia dan mendapat pahala bukan sahaja mengangkat senjata tetapi semua tindakan yang membawa kebaikan.

Seringkali berlaku salah faham dalam masyarakat sehingga menyempitkan amal yang mendapat pahala kepada beberapa amal ibadah tertentu sahaja.

Sedangkan setiap aktiviti yang membawa kepada kebaikan adalah mulia dan diberikan ganjaran oleh Allah.

Ada pula ahli tafsir yang mengatakan maksud syafaat ialah melakukan perbuatan yang mendorong orang lain melakukan kebaikan.

Dengan itu dia akan mendapat kebaikan seperti yang dilakukan orang tersebut.

Hadis riwayat Muslim menyokong ayat diatas apabila nabi saw bersabda sesiapa yang melakukan kebaikan dia akan mendapat pahala perbuatan itu dan pahala orang yang mengikut jejaknya tanpa dikurangkan pahala orang yang pertama.

Sekiranya melakukan perkara baik dan mendorong orang lain melakukan kebaikan dikira sebagai amal yang membuahkan pahala, maka perkara yang sama juga berlaku dalam perkara keburukan.

Seorang yang menjadi ikutan dalam keburukan akan menanggung juga dosa yang dilakukan oleh pengikutnya.

Sabda nabi saw bermaksud sesiapa yang melakukan keburukan maka dia akan menerima dosa perbuatannya dan dosa orang yang meniru perbuatannya. Riwayat Muslim

Sabtu
27 Syaaban 1442
10 April 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *