**TADABBUR WAHYU SIRI 730**

**4.77.1 Tadabbur Surah An-Nisa 86**

وإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
86- Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.

Ayat ini jika dirujuk kepada perbincangan ayat sebelumnya iaitu ayat 85, maka ia menerangkan tentang amalan yang dihitung oleh Allah.

Dalam ayat 85 al-Quran menerangkan bahawa Allah akan menghitung setiap amalan manusia.

Seringkali manusia memperkecilkan sesetengah amalan dan meremehkanya. Namun pada hakikatnya Allah tetap menghitung amalan tersebut.

Seperti amalan memberi salam dan menjawab salam dengan cara yang lebih baik.

Jika seorang muslim cuba untuk menjaga amalan ini dan menjawab salam dengan cara yang lebih baik maka pahala yang akan diberikan oleh Allah kepadanya adalah lebih baik.

Menurut Imam As Sayuti, antara jawapan salam yang lebih baik ialah dengan mengucapkanya beserta dengan senyuman serta muka yang berseri, menghormati orang yang memberi salam dan meraikannya.

Jika amalan sekecil itupun dihitung oleh Allah, maka bagaimana pula dengan amalan yang lebih besar seperti bercakap benar, menyampaikan amanah, ikhlas dan lain-lain.

Sudah tentu amalan itu akan dihitung dan diberikan ganjaran yang besar disisi Allah.

Jika ayat ini dirujuk kepada perbincangan lebih besar dalam surah ini, iaitu berkaitan pertembungan dengan musuh serta orang yang memerangi, maka ayat ini memberikan faedah yang lain pula.

Ditengah-tengah perbincangan mengenai peperangan dan memerangi musuh, al-Quran berhenti sejenak membincangkan tentang satu sikap yang mengangkat kemanusiaan seorang muslim.

Sikap dan prinsip itu ialah berlaku baik kepada orang yang berbuat baik.

Mereka yang memberikan salam ini tidak dikhususkan samada mereka orang baik atau orang jahat.

Sebaliknya al-Quran menyebut jika orang memberikan salam maka kita berkewajipan menjawab dengan yang lebih baik.

Beginilah sikap mulia seorang muslim apabila menghargai kebaikan orang lain dan cuba untuk memberikan apa yang lebih baik.

Beginilah asuhan ketinggian akhlak dan kemuliaan yang dipupuk dalam Islam.

Seorang muslim bukannya orang yang melihat hanya dirinya yang mulia dan baik, tetap seorang muslim memuliakan siapa sahaja yang melakukan kebaikan.

Semoga kita termasuk dikalangan orang yang mahukan kebaikan itu tersebar dan disebarkan dalam masyarakat. Amin ya Rabbal Alamin.

Ahad
28 Syaaban 1442
11 April 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *