**TADABBUR WAHYU SIRI 731**

**4.78.1 Tadabbur Surah An-Nisa 87**
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۗ وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ حَدِيثًا.

87-Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat, (hari) yang tidak ada syak padanya. Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada Allah?

Orang yang membaca Al-Quran akan perasan dengan pengulangan mesej seperti ini banyak kali disebut di dalam al-Quran.

Rangkap pertama ayat ini menerangkan bahawa tidak ada Tuhan kecuali Allah.

Rangkap kedua menyebut bahawa Allah akan menghimpunkan manusia pada hari kiamat yang pasti akan berlaku.

Sementara rangkap ketiga menjelaskan bahawa janji Allah adalah benar dan tidak ada siapapun yang boleh mendahului Allah dalam kebenaran.

Seperti yang telah disebutkan sebentar tadi, mesej-mesej yang dinyatakan diatas suatu yang sering ditemui dalam al-Quran.

Apakah mesej ini diulangi semata-mata bagi mengingatkannya kepada pembaca?.

Sudah tentu tiga hakikat yang disebut diatas adalah perkara penting yang perlu sentiasa disebut dan diingati.

Mentauhidkn Allah, mengakui kebenaran hari akhirat dan yakin dengan  janji Allah adalah asas keimanan penting.

Namun demikian, al-Quran mengulangi bicara ini bukan sekadar untuk mengingatkan pembaca kepada 3 hakikat diatas, bahkan agar ia dijadikan sebagai dorongan untuk melahirkan seorang manusia yang mulia.

Keimanan kepada Allah, hari kiamat dan yakin dengan janji Allah bukanlah sekadar satu pengetahuan yang beku.

Bahkan ia adalah iman yang menghasilkan amal.

Inilah yang mahu disampaikan oleh al-Quran dalam mengulangi mesej ini.

Hakikat ini dapat ditanggapi apabila hakikat keimanan kepada Allah dan hari akhirat akan disebut diakhir perbincangan tentang amal.

Samada ketika menyuruh melakukan amal s9oleh atau ketika meminta manusia menjauhi perkara yang mungkar.

Dengan kefahaman seperti ini, seorang muslim sepatutnya tidak memisahkan antara pengetahuan dan amal.

Ilmu dan pengetahuan sepatutnya mendorong seorang muslim untuk mengamalkan tuntutan Allah.

Semoga kita diberikan ilmu yang bermanfaat dan diberikan kekuatan untuk mengamalkan ilmu itu. Amin.

Ahad
6 Ramadhan 1442
18 April 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *