**TADABBUR WAHYU SIRI 732**

**4.79.1 Tadabbur Surah An-Nisa 88**

فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَّهُ أَرْكَسَهُمْ بِمَا كَسَبُوا أَتُرِيدُونَ أَنْ تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ وَمَنْ يُضْلِلْ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلاً.

88-Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

Pada hakikatnya ayat ini dan ayat selepasnya menegur tentang pendirian orang Islam terhadap orang munafik.

Munafik adalah amalan hati dan amalan hati tidak dapat diketahui oleh manusia.Tidak ada hak bagi seseorang untuk menuduh orang lain sebagai munafik.

Namun demikian Allah menghubungkan sifat munafik ini dengan tindakan dan perbuatan seseorang.

“apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu”

Para ulamak tafsir berbeza pandangan siapakah orang munafik yang dimaksudkan dalam ayat ini.

Sebahagian daripada mereka mengatakan orang munafik yang dimaksudkan ialah orang munafik Madinah yang telah meninggalkan nabi saw sewaktu perang Uhud akan berlaku.

Lalu Allah melarang umat Islam memberi wala’ kepada mereka dan mereka perlu dihukum.

Sebahagian pula mengatakan bahawa orang munafik itu ialah sekumpulan orang Mekah yang telah memeluk Islam tetapi tidak berhijrah bersama Rasulullah saw.

Apabila mereka mendengar akan berlakunya perang maka mereka bertekad untuk berpura-pura menyokong nabi saw jika Baginda menang dalam peperangan itu.

Ada pula yang mengatakan bahawa yang dimaksukkan dengan orang munafik dalam ayat ini ialah sekumpulan orang yang datang dari luar Madinah.

Namun demikian mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan Madinah disebabkan mereka telah terkena wabak penyakit yang tersebar di Madinah ketika itu.

Sebahagian sahabat mengatakan mereka adalah kaum munafik kerana enggan bersama Rasulullah saw dan sebahagian lagi mengatakan mereka adalah orang Islam.

Jika dilihat kepada ayat diatas, sebenarnya al-Quran tidak memberikan maklumat yang jelas tentang siapakah orang munafik yang dimaksudkan.

Sebenarnya, mengetahui siapakh orang munafik itu adalah tidak penting.

Ini kerana fokus ayat ialah membincangkan tentang kaum muslimin yang telah bertelingkah dalam menangani isu orang munafik.

Sepatutnya umat Islam mencari kesepakatan dan bertindak secara bersama terhadap mereka.

Perpecahan pendirian umat Islam dalam isu seperti ini boleh menjadi sebab kepada kelemahan dan punca kepada musuh mengambil peluang untuk menundukkan mereka.

Isnin
8 Ramadhan 1442
20 April 2021
Ustaz Dr Rosli Mokhtar
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk sumbangan pembangunan Tadabbur Wahyu:
TADABBUR WAHYU SOLUTION (May Bank No Ac:562263546814 ) Maklumkan sumbangan anda dengan whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Rujukan: al-Tahrir wa al-Tanwir, Tafsir al-Manar, Tafsir al-Qurtubi, Tafsir al-Muharrar al-Wajiz dll.
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk terima Siri Tadabbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyubbur Wahyu sila whatsapp 01158935652
🌟🌟🌟🌟🌟🌟
Untuk Telegram taip Tadabbur Wahyu

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *